Astro AWANI terus cemerlang, dinobat sebagai Trusted Voice of The Nation

Saluran berita Astro AWANI dinobatkan sebagai Trusted Voice of The Nation (Suara Dipercayai Negara) bagi kategori Duke (korporat) di The Knights Award (TKA) musim keempat.- AWANI
KUALA LUMPUR: Saluran berita Astro AWANI dinobatkan sebagai Trusted Voice of The Nation (Suara Dipercayai Negara) bagi kategori Duke (korporat) di The Knights Award (TKA) musim keempat.
Kategori Duke merupakan pengiktirafan tertinggi yang diberikan kepada individu dan organisasi yang mencapai kejayaan luar biasa dan menjadi peneraju perubahan dalam bidang masing-masing.
Antara penerima lain adalah, Millennium Autobeyond Sdn Bhd (The Most Outstanding Dealership Of The Year, JDX Tea), Trusted Chinese Tea Brand Of All Time, Slim Doc (The Most Dynamic Slimming Centre Of The Year) dan Village Park Restaurant (National Heritage Restaurant Of The Year (Malaysia).
The Knights Award dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya komited untuk memberi impak jangka panjang kepada para pemenang melalui pelbagai inisiatif pasca acara.Antara manfaat ditawarkan termasuk kempen pemasaran strategik, peluang rangkaian peringkat tinggi, penyelesaian yang disesuaikan, konsultansi dan pelbagai sokongan lain bagi memperkukuh kedudukan serta pengaruh jenama di peringkat global.
Sebagai mercu tanda kecemerlangan dan pemerkasaan, majlis anugerah ini terus menampilkan tokoh-tokoh dan jenama terbaik dari seluruh dunia.
Dengan kejayaan yang berterusan, penganjuran ini turut menyumbang kepada usaha memartabatkan Malaysia sebagai hab keusahawanan dan inovasi, selaras dengan slogan Bond, Build & Bloom.
Bertemakan Beyond Borders, majlis anugerah ini sekali gus menjadi bukti kepada semangat keusahawanan yang tidak pernah luntur serta potensi tanpa batas bagi mereka yang berani bermimpi.
The Knights Award 2024 Season 4: Beyond Borders telah mengiktiraf dan meraikan 36 tokoh serta syarikat luar biasa daripada pelbagai industri atas pencapaian cemerlang mereka dalam bidang masing-masing.
Acara telah berlangsung di Dewan Filharmonik PETRONAS, Menara Berkembar PETRONAS pada 7 Oktober lalu.
Majlis yang diasaskan oleh usahawan visioner Dr. Zyro Wong ini turut mendapat kerjasama Commonwealth Youth Innovation Centre yang merangkumi 56 negara anggota, serta dihadiri oleh ramai diplomat terkemuka.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami