KUALA LUMPUR: Astro Radio menganjurkan program ‘Lapah Astro Radio Bersama Siti Khadijah’ bersama empat stesen radio popular termasuk Era, Zayan, Gegar dan Sinar pada Rabu.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Siti Khadijah, Mohammad Munzir Aminuddin memaklumkan, program yang diadakan di Laman Khadijah, Nilai bertujuan mengimarahkan ibadah korban pada tahun ini sekali gus merapatkan silaturahim antara kedua jenama.
"Kita berkumpul untuk buat acara korban, ada lima ekor lembu untuk dikorbankan. Kita buat ini sempena 15 tahun penubuhan Siti Khadijah dan penghijrahan kami ke tempat baru iaitu Laman Khadijah.
"Ini juga adalah satu komitmen kami terus menyokong segmen agama dalam radio arus perdana di Malaysia dan kita ambil kesempatan ini untuk meraikan hari raya Aidiladha bersama kakitangan Siti Khadijah dan team media kita khususnya daripada Astro Radio," katanya.
Dalam pada itu, acara turut diserikan dengan kehadiran penyampai Astro Radio antaranya Nabil Ahmad, Azad, Radin, Rahim, Angah, Issey dan ramai lagi.
Bagi penyampai radio Era, Radin memberitahu peluang untuk berkumpul bersama rakan penyampai melakukan aktiviti korban tahun ini disifatkan sebagai satu momen yang indah.
"Apa yang kami seronoknya ni tahun ke 15 Sit Khadijah berada dalam industri fabrik di Malaysia dan ini adalah antara kolaborasi kami dan Astro Radio menyatukan dan melakukan ibadah korban, kita juga dengan team Siti Khadijah dapat berbakti kepada masyarakat setempat," katanya.
Ibadah korban ini melibatkan proses menyembelih lima ekor lembu seterusnya daging korban diagihkan kepada golongan asnaf yang memerlukan dan masyarakat setempat.
Program turut disertai lebih daripada 100 sukarelawan termasuk kakitangan Astro Radio, kakitangan Siti Khadijah serta wakil daripada Masjid Abu Al-Darda, Nilai Impian.
Faida Rahim
Wed Jun 19 2024

Program yang diadakan di Laman Khadijah, Nilai bertujuan mengimarahkan ibadah korban pada tahun ini sekaligus merapatkan silaturahim. - Astro Radio
AWANI Ringkas: RM800 juta kerugian penipuan pelaburan tidak wujud
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Air Selangor tempa nama di persada antarabangsa
Penganugerahan ini menyuntik semangat untuk terus memacu inovasi serta menetapkan piawaian baharu industri.
Pelajar tahfiz cemerlang akan terima tajaan biasiswa penuh di dua universiti
Semua pelajar tahfiz yang cemerlang dengan keputusan sekurang-kurangnya 10A ke atas pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPRM) akan menerima tajaan biasiswa penuh di dua universiti tempatan.
1,500 kanak-kanak sertai Program Haji Kids Peringkat Negeri Melaka 2025
Bagi meraikan kedatangan musim haji tidak lama lagi, Warnakala Studios mengambil inisiatif menganjurkan program Haji Kids ke Baitullah, simulasi haji untuk kanak-kanak peringkat negeri Melaka 2025.

25 penerima darjah, pingat kebesaran sempena Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis ke-82
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan mengurniakan darjah dan pingat kebesaran kepada 25 penerima sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda ke-82.
Saifuddin Nasution nafi wujud politik wang
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan berlaku politik wang dalam PKR.

PM Anwar ucap tahniah sempena Hari Keputeraan Raja Perlis ke-82
Anwar mendoakan kesejahteraan dan keafiatan berpanjangan buat Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja.

Xiaomi bakal perkenal cip SoC 'Xring01' yang dibangunkan sendiri
Ini merupakan langkah strategik Xiaomi untuk mengurangkan kebergantungan kepada pembekal luar.

Polis kesan lelaki bawa anjing ke restoran halal di Segamat
Siasatan awal mendapati insiden terbabit berlaku pada 11 Mei lalu kira-kira jam 12 tengah hari di sebuah restoran nasi kandar di Segamat Baru.

Nahas FRU: Masih tiada pihak bayar jaminan, pemandu lori kekal di lokap - Polis
Masih tiada pihak tampil membayar jaminan untuk pemandu lori yang didakwa memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian sembilan anggota FRU.

Lembaga Zakat Selangor catat kutipan zakat cecah RM1.22 bilion pada 2024
Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengumumkan pencapaian positif pada tahun 2024 apabila mencatat kutipan zakat tertinggi dalam sejarah penubuhan iaitu mencecah RM1.22 bilion.

Rahmah Syawal MADANI anjuran MAIWP meriah, zakat RM138 ribu diagihkan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menganjurkan program Rahmah Syawal MADANI: Jalinan Aidilfitri Bersama Asnaf di Dewan Perdana FELDA, Kampung Datuk Keramat, di sini pada Selasa.

BAWA laksana hampir 50 program bantuan, kebajikan untuk golongan memerlukan
Bantuan disalurkan BAWA tidak hanya tertumpu pada sumbangan makanan, sebaliknya meliputi pelbagai bentuk termasuk membersihkan rumah golongan memerlukan untuk memastikan keselesaan penghuninya.

Raja Permaisuri Agong santuni asnaf dan ibu tunggal di Johor
Raja Permaisuri Agong berkenan menyampaikan kurniaan kepada 300 penerima yang terdiri daripada golongan asnaf dan ibu tunggal pada Majlis Berbuka Puasa di Pusat Konvensyen Antarabansa Persada Johor.

RM1.6 juta untuk skim bantuan makanan berbungkus di Labuan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan RM1.6 juta bagi pelaksanaan skim bantuan makanan berbungkus untuk golongan asnaf di pulau bebas cukai ini.

150 pelajar tahfiz dirai pada Program Iftar Yayasan Pekema
Kira-kira 150 pelajar tahfiz dan golongan asnaf dirai dalam satu majlis iftar dan sumbangan hari raya anjuran Yayasan Pekema di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, hari ini.

Program Gema Ramadan: Bernas sumbang keperluan asas kepada golongan miskin bandar
Bernas menyantuni dan menyumbangkan barangan keperluan asas kepada golongan miskin bandar menerusi Program Gema Ramadan dalam usaha mencetus impak sosial yang lebih menyeluruh.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

MAIM agih kutipan zakat RM134 juta kepada lapan golongan asnaf
MAIM mengagihkan hasil kutipan zakat di bawah Zakat Melaka berjumlah RM134 juta kepada lapan golongan asnaf di negeri itu.

MAINS kutip RM67 juta zakat pada separuh pertama 2024
Secara keseluruhan, RM98 juta telah diagihkan kepada asnaf, melibatkan rekod kutipan zakat yang terkumpul setakat ini.