awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: JPS Perak mohon operasi pembenihan awan
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Astro Rewards tawar pengalaman eksklusif, hadiah lebih hebat untuk pelanggan

Faida Rahim
Faida Rahim
11/07/2023
13:27 MYT
Astro Rewards tawar pengalaman eksklusif, hadiah lebih hebat untuk pelanggan
Miki memaklumkan, ia termasuk pelbagai tawaran pengalaman eksklusif termasuk hadiah melancong, penginapan hotel percuma, tiket menyaksikan perlawanan sukan dan banyak lagi. - Gambar Astro Rewards.
KUALA LUMPUR: Sebagai tanda penghargaan terhadap pelanggan setia, Astro Rewards menawarkan lebih banyak ganjaran istimewa pada tahun ini.
Ketua Unit Astro Rewards, Miki Ong memaklumkan, ia termasuk pelbagai tawaran pengalaman eksklusif termasuk hadiah melancong, penginapan hotel percuma, tiket menyaksikan perlawanan sukan, tawaran makanan dan minuman, pengalaman beli-belah serta banyak lagi.
"Matlamat kami pada dasarnya untuk mencipta momen dan kenangan yang tidak boleh dilupakan pelanggan, jadi kami akan terus mencipta lebih banyak pengalaman.
"Tawaran hebat ini akan diteruskan pada bulan akan datang di mana pelanggan boleh menyaksikan perlawanan sukan secara langsung, sesi bertemu serta jemputan eksklusif menonton rancangan program Astro secara langsung seperti Sepahtu Reunion dan Gegar Vaganza,” katanya kepada Astro AWANI.
Dalam pada itu, para pelanggan turut berpeluang menonton perlawanan bola sepak, badminton serta bertemu pemain kegemaran mereka secara langsung.
"Selain itu, kami juga mengadakan sesi ramah mesra untuk para pelanggan bertemu secara peribadi dengan selebriti dan artis kegemaran mereka. Peluang berinteraksi ini pasti memberikan pelanggan kami kenangan yang tidak akan dilupakan" katanya.
Pelanggan Astro yang ingin merebut tawaran berkenaan boleh memuat turun aplikasi My Astro di telefon pintar, log masuk dengan Astro ID dan menekan ikon “Ganjaran” untuk menikmati ganjaran menarik ditawarkan.
Astro Rewards tawar pengalaman, hadiah lebih hebat kepada pelanggan
Topic Berkaitan
#Astro Rewards
#ganjaran hebat
#tawaran hebat
#Gegar Vaganza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan