KUALA LUMPUR: Baru-baru ini tular di platform media sosial mengenai klip video salah sebuah program terbitan Astro Warna, “Rumah No. 107”.

Kami di Astro Warna ingin menegaskan bahawa kami memandang serius akan perkara ini.

Kami sentiasa berpegang kepada prinsip untuk tidak berkompromi dengan hal-hal berkaitan gangguan seksual dan diskriminasi ke atas wanita, sama ada dari segi perbuatan mahupun tutur kata (secara lisan). 

Kami memohon maaf di atas sebarang ketelanjuran yang telah menyinggung hati mana-mana pihak dan sentiasa untuk lebih peka serta berhati-hati dalam setiap aspek pengisian kandungan program-program terbitan kami di masa hadapan.