PPIM mohon bantuan PM Anwar mudahkan penyaluran bantuan kemanusiaan ke Aceh

Nadzim berkata beberapa wakil NGO telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri bagi membincangkan perkara berkenaan termasuk usaha untuk menyelaras penyaluran bantuan secara lebih teratur. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memohon bantuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mempermudahkan urusan penyaluran bantuan kemanusiaan ke Aceh, Indonesia yang dilanda banjir, khususnya melalui saluran diplomasi Malaysia-Indonedia.
Ringkasan AI
- PPIM memohon bantuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam penyaluran bantuan kemanusiaan ke Aceh yang dilanda banjir, untuk elakkan kekangan birokrasi dan salah faham dalam urusan merentasi sempadan.
- Ketua Aktivis PPIM menekankan kerjasama semua pihak penting untuk memastikan bantuan disalurkan dengan baik, kerana kira-kira 500 tan bantuan masih tersekat.
- Risiko bantuan tidak sampai sasaran atau gagal diagihkan dengan sempurna jika prosedur tidak jelas, boleh menimbulkan laporan tidak tepat dan memberi kesan negatif kepada usaha bantuan kemanusiaan yang dilaksanakan di Aceh yang mengalami kemusnahan akibat banjir.
Beliau berkata beberapa wakil NGO telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri bagi membincangkan perkara berkenaan termasuk usaha untuk menyelaras penyaluran bantuan secara lebih teratur.
"Kita tidak ada keupayaan untuk bergerak bersendirian. Kerjasama semua pihak amat penting supaya semua bantuan dapat disalurkan dengan baik. Dimaklumkan juga terdapat kira-kira 500 tan bantuan yang masih tersekat," katanya.
Nadzim berkata PPIM bimbang sekiranya bantuan dihantar tanpa prosedur yang jelas, ia berisiko tidak sampai kepada sasaran atau gagal diagihkan dengan sempurna serta boleh menimbulkan laporan tidak tepat serta memberi kesan negatif kepada usaha bantuan kemanusiaan yang dilaksanakan.
Aceh dilaporkan dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan yang menyebabkan ribuan penduduk terjejas, kemusnahan kediaman serta gangguan bekalan asas, sekali gus mencetuskan keperluan mendesak terhadap bantuan makanan dan keperluan harian.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


