awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Atlet Asiad sambut Hari Kebangsaan di Indonesia

Bernama
Bernama
31/08/2018
01:27 MYT
Atlet Asiad sambut Hari Kebangsaan di Indonesia
Datuk Dr SS Cheema (tengah) bersama sebahagian atlet bergambar ketika meraikan detik 12 malam dan Majlis Ambang Merdeka sempena Hari Kebangsaan Ke-61 pada Sukan Asia Ke-18 di Kampung Atlet Bandar Sukan Jakabaring awal pagi ini. --fotoBERNAMA
Ketika rakyat Malaysia meraikan sambutan Hari Kebangsaan ke-61 di tanah air, para atlet negara yang berjuang di Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 tidak melepaskan peluang untuk turut sama menyambut hari ulang tahun kemerdekaan negara.
Kira-kira 40 atlet, pegawai dan jurulatih daripada kontinjen negara yang beraksi di kluster Palembang, sempat menyambut detik ulang tahun ke-61 Hari Kebangsaan tepat pada jam 12 tengah malam waktu tempatan (1 pagi waktu Malaysia) di sini.
Lengkap berpakaian seragam harimau, mereka menggegarkan Perkampungan Atlet di Bandar Sukan Jakabaring di sini dengan nyanyian Negara Ku sambil menaikkan Jalur Gemilang.
Ini disusuli dengan timbalan ketua kontinjen (Palembang) Datuk Dr SS Cheema mengetuai laungan 'Merdeka' sebanyak tiga kali sebelum memotong kek.
Beberapa sukarelawan yang bertugas di kawasan itu, turut menyertai sambutan itu.
Setakat Khamis, kontinjen Malaysia menduduki di tempat ke-13 selepas meraih lima pingat emas, 11 perak dan sembilan gangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#12 tengah malam
#Hari Kebangsaan
#Indonesia
#Jalur Gemilang
#Merdeka
#Negara Ku
#Palembang
#perkampungan atlet
#rakyat
#SS Cheema
#Sukan Asia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan