awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ATM atur gerak aset bantu kurangkan beban hospital, pusat kuarantin - TPM

Bernama
Bernama
05/08/2021
15:42 MYT
ATM atur gerak aset bantu kurangkan beban hospital, pusat kuarantin - TPM
Ismail Sabri berkata, komitmen ATM serta kerjasama dengan pelbagai agensi lain juga diteruskan, bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa dilindungi. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengatur gerak anggota dan aset-asetnya, bagi membantu mengurangkan beban hospital dan pusat kuarantin berikutan peningkatan jumlah kes jangkitan COVID-19, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, komitmen ATM serta kerjasama dengan pelbagai agensi lain juga diteruskan, bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa dilindungi.
"ATM juga sentiasa bersiap-siaga dalam segala aspek dalam menjaga keselamatan negara daripada ancaman luar, terutama penguatkuasaan kawalan sempadan darat, laut dan udara," katanya.
Beliau berkata demikian menerusi hantaran di laman Facebook rasminya, selepas mengadakan perbincangan bersama Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang, mengenai isu perairan negara dan peranan ATM dalam penubuhan hospital Medan.
Malaysia hari ini merekodkan 20,596 kes baharu jangkitan COVID-19, iaitu angka harian tertinggi sejak pandemik itu melanda negara tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ATM
#Angkatan Tentera Malaysia
#gerak anggota
#Hospital
#pusat kuarantin
#COVID-19
#Timbalan Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan