KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menggerakkan tiga pasukan bagi membantu mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Hishammuddin dalam hantaran di laman Twitter beliau memaklumkan Batalion ke-21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dikerah ke Rantau Panjang, Kelantan manakala Batalion ke-16 RAMD dan Rejimen Kelima Artileri Diraja (RAD) masing-masing ke Hulu Terengganu dan Besut di Terengganu.
"Markas ATM beri perhatian penuh terhadap situasi banjir di Kelantan dan Terengganu ketika ini, ATM akan usaha sebaiknya bagi membantu setiap mangsa banjir di sana," katanya.
Setakat pagi tadi, banjir di kedua-dua negeri terus mencatat peningkatan dan seramai 4,335 orang daripada 1,287 keluarga dilaporkan berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu manakala 3,222 orang daripada 1,034 keluarga di PPS Kelantan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 27 2022

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menggerakkan tiga pasukan bagi membantu mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. - Gambar fail/BERNAMA

Alam Sekitar | Sisa buangan di laut bernilai buat artis profesional Australia
Menjadi rutin bagi nelayan dekat Geraldton, Australia Barat yang bukan sahaja membawa pulang hasil tangkapan laut, malah sampah sarap yang dijumpai di serata permukaan laut. Menariknya, sampah berkenaan bukan dibuang semula atau dilupuskan di pusat pelupusan, sebaliknya ia diserahkan kepada pengiat seni untuk direka semula menjadi karya seni luar biasa.

Sukan Komanwel | BAM perinci sasaran baharu kem badminton
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kekal meletakkan sasaran pingat buat kem badminton negara pada Sukan Komanwel 2022. Presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata BAM akan memperincikan sasaran pingat terbaharu susulan penarikan diri jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia daripada menyertai temasya sukan itu.

COVID-19 | Lebih 15,000 kes baharu dikesan minggu ini
15,564 kes harian baharu COVID-19 dikesan dalam tempoh seminggu ini (18 Jun hingga 24 Jun 2022), menjadikan jumlah kumulatif Malaysia meningkat kepada 4,552,359 kes. Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 18.1 peratus berbanding jumlah kes pada seminggu lepas (11 Jun hingga 17 Jun) sebanyak 13,177 kes.

Warisan sedia jalin kerjasama dengan gabungan politik yang menang PRU15
Ahli Parlimen Semporna itu berkata ini kerana pihak yang menang pada PRU15 merupakan parti pilihan rakyat.

Kastam | Elak ganja masuk dari Thailand, pintu sempadan diperketat
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan memperketat kawalan di pintu sempadan bagi mengekang aktiviti penyeludupan ganja termasuk produk mempunyai bahan terlarang ke Malaysia. Ketua Cawangan Penguatkuasaan JKDM Bukit Kayu Hitam, Suhaila Mohamad Noor berkata pihaknya akan mengetatkan pemeriksaan ke atas kenderaan dan penumpang yang merentas sempadan untuk memastikan tiada bahan terlarang dibawa masuk ke Malaysia. #

Penuaan Usia | Turut beri kesan pada penyakit obesiti, diabetes - KJ
Kesan daripada peningkatan penyakit tidak berjangkit atau non-communicable diseases (NCD) sudah boleh dilihat di negara ini yang mana ia turut ditambah dengan penuaan usia populasi. Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Khairy Jamaluddin, situasi itu akan menyebabkan sebahagian besar populasi di Malaysia akan terlibat dengan pelbagai faktor risiko dan mobiditi seperti obesiti serta diabetes.

10 Berita Pilihan - (25 Jun 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kesejahteraan rakyat lebih utama berbanding isu perkauman sempit - Anwar
Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan isu kesejahteraan rakyat lebih penting berbanding membawa isu perkauman sempit.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 Jun 2022.

Ibu, 2 anak usia 5 dan 7 tahun dikhuatiri lemas kereta terjunam ke sungai
Polis mengesahkan tiga beranak dikhuatiri lemas selepas kereta yang dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai di Jambatan Pantai Cicar, Kuala Ketil, hari ini.

ATM tahan 28 PATI cuba masuk Malaysia
Tangkapan pertama melibatkan PATI warga Myanmar dibuat pada jam 2.45 petang, sementara tangkapan kedua pada jam 4.30 petang.

Tuntutan veteran ATM bukan hanya libatkan Kementerian Pertahanan - Hishammuddin
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagaimanapun berjanji akan meneruskan agenda membela veteran ATM dan tuntutan mereka akan diberi perhatian sewajarnya.

Bekas Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Dr Abdul Rahman meninggal dunia
Allahyarham dimasukkan ke HTTM pada 25 Mei lepas dan kesihatannya mulai merosot semalam.

Veteran ATM berdiri tengah panas, situasi biasa perbarisan statik - PVATM
Perbarisan itu dianjurkan PVATM sempena meraikan 100 tahun persatuan dan bukan majlis perjumpaan bersama Menteri Kanan Pertahanan.

Ada berita baik untuk veteran ATM - Hishammuddin
Keperluan veteran ATM yang menyentuh kepada kebajikan dan pembelaan nasib mereka akan diteruskan.

Laksamana Madya Datuk Roslan Mohd Yunus dilantik Komander NTF baharu
Penyerahan tugas disaksikan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Affendi Buang di Wisma Pertahanan hari ini.

ATB 2 patahkan cubaan seludup rokok di Tawau
Kegiatan ini dipercayai turut melibatkan sindiket warga tempatan dan asing bagi tujuan perniagaan rokok seludup di pasaran gelap.

Lebih 320,000 pegawai, anggota dan veteran ATM terima bantuan khas Aidilfitri - Hishammuddin
Seramai 120,615 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sedang berkhidmat serta kira-kira 200,000 veteran ATM akan menerima manfaat Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri.

Pembukaan sempadan: ATM sentiasa siap siaga
Malaysia akan memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik dan membuka semula sempadan negara mulai 1 April.

Konflik Rusia-Ukraine tidak beri implikasi terhadap perolehan aset pertahanan negara - Hishammuddin
Kementerian Pertahanan sentiasa mengambil pendekatan untuk mempelbagaikan perolehan aset-aset strategik sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada negara tertentu.