KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengenal pasti empat kemungkinan yang menjadi punca pihak tertentu untuk cuba menggodam rangkaian sistem komunikasi pertahanan negara.
Ketua Pengarah Siber dan Elektromagnetik Pertahanan ATM Laksamana Muda Datuk Shamsuddin Ludin berkata hasil siasatan mendapati perbuatan yang mungkin dilakukan oleh satu kumpulan atau individu itu, adalah untuk menguji kemampuan teknologi pertahanan siber selain mencuba kemahiran mereka dalam teknologi semasa.
"Penggodam ini mungkin mahu mencuba teknologi yang dibina atau sudah ada dalam pasaran. Kemungkinan juga ada pihak menaja supaya selepas ini mereka boleh menjual sistem perlindungan atau firewall yang lain," katanya kepada pemberita selepas program Hari Kesedaran Satelit di Kompleks Haigate ATM di sini hari ini.
Shamsuddin berkata walaupun setakat ini ATM masih belum mengenal pasti objektif sebenar cubaan godam itu dilakukan, namun tindakan dan usaha untuk meningkatkan sistem pertahanan siber negara sudah pun dilaksanakan.
Menurut beliau, penggodam menggunakan e-mel pancingan dalam cubaan serangan secara rawak ke rangkaian e-mel rasmi yang digunakan oleh beberapa agensi di Kementerian Pertahanan dan ATM baru-baru ini.
Shamsuddin berkata cara menggunakan e-mel pancingan boleh berlaku kepada mana-mana pihak, namum ATM sentiasa bersedia menghadapi ancaman tersebut termasuk dengan menguatkan firewall.
"Kami buat tindakan bukan berdasarkan sesuatu yang berlaku, tindakan kita adalah berterusan pada waktu aman, krisis dan perang...perkara ini tidak menjadi kejutan, jadi tidak ada persoalan apabila berlaku kita kelam-kabut buat tindakan, pelan tindakan sentiasa ada," katanya.
Pada 13 Jan lepas, Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang mengesahkan bahawa keseluruhan rangkaian komunikasi ATM yang terdedah kepada capaian internet kekal selamat dan kegiatan penggodam itu telah dikesan awal.
Baru-baru ini kumpulan penggodam baharu yang dikenal pasti sebagai Dark Pink dilaporkan menggunakan e-mel pancingan data dan perisian lanjutan untuk menjejaskan sistem pertahanan tentera di Filipina dan Malaysia, serta organisasi kerajaan di Kemboja, Indonesia dan Bosnia-Herzegovina.
Terdahulu, Shamsuddin menghadiri program Hari Kesedaran Satelit yang dirasmikan Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Lt Jen Datuk Arman Rumaizi Ahmad.
Program selama dua hari yang berakhir esok diadakan bertujuan memberi pendedahan tentang kepentingan aplikasi satelit kepada aspek pertahanan dan keselamatan negara seiring dengan ancaman semasa yang semakin kompleks.
Ia disertai 23 agensi kerajaan dan syarikat swasta, 15 universiti tempatan dan sekolah serta warga ATM
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 17 2023
SHAMSUDDIN: Penggodam ini mungkin mahu mencuba teknologi yang dibina atau sudah ada dalam pasaran. Kemungkinan juga ada pihak menaja supaya selepas ini mereka boleh menjual sistem perlindungan atau firewall yang lain. - Foto BERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"
Kes buli UPNM: Lima Pegawai Kadet dibuang, diarah bayar ganti rugi pada kerajaan - Menteri
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri 623 yang bersidang, pada Selasa.
[KOLUMNIS] Memugar kesejahteraan dan kualiti hidup warga kem tentera
Sejak sekian lama, cabaran mempertingkatkan kualiti hidup anggota tentera menjadi antara halangan dalam membina kekuatan dan kualiti pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Latihan percubaan PLKN 3.0 bermula Jan 2025 - Adly
Latihan bertempat di Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun.
Trak ATM bawa kenderaan perisai terbabas akibat jalan licin, basah - Polis
Polis telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
MINDEF sentiasa usaha tingkat kesejahteraan warga, anak-anak ATM
Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa berusaha meningkatkan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Tiada kompromi dalam kes buli, dera pegawai kadet UPNM - PAT
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata siasatan terperinci terhadap kes berkenaan sedang dilaksanakan pihaknya.
Kerjasama tentera Malaysia-AS diperkukuh melalui Eksesais CARAT 2024
Eksesais CARAT adalah platform latihan ketenteraan yang bertujuan memperkukuh kerjasama maritim antara kedua-dua negara.
'171 aset ATM melebihi 30 tahun' - Mohamed Khaled
Jumlah aset ATM yang melebihi 30 tahun secara keseluruhannya adalah 171 merangkumi ketiga-tiga cabang perkhidmatan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Belanjawan 2025: Peruntukan RM5.8 bilion langkah penting perkukuh ATM - PAT
Peruntukan sebanyak RM5.8 bilion untuk perolehan aset strategik serta kerja penyelenggaraan dan pembaikan dilihat sebagai langkah penting dalam usaha memperkukuh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).