awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ATM kenal pasti lorong tikus, tingkatkan rondaan menjelang Aidilfitri

Bernama
Bernama
12/05/2020
12:10 MYT
ATM kenal pasti lorong tikus, tingkatkan rondaan menjelang Aidilfitri
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meningkatkan rondaan di sepanjang 240 kilometer sempadan negara. - Gambar fail/BERNAMA
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meningkatkan rondaan di sepanjang 240 kilometer sempadan negara dari Bukit Kayu Hitam hingga ke Weng di Baling, Kedah menjelang sambutan Aidilfitri kira-kira-kira dua minggu lagi bagi memastikan tiada pencerobohan.
Panglima Enam Briged Infantri Malaysia Brig Jen Datuk Mohd Halim Khalid berkata pihaknya mengenal pasti laluan tikus baharu di sepanjang sempadan tersebut .
Pada masa ini 500 pegawai dan anggota ATM bertugas di sepanjang sempadan itu, katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Op Penawar bagi kawasan Seberang Perai di antara Pegawai Memerintah Rejimen Ke-3 Kor Amor Diraja Lt Kol Norazri Mohd Nor dan Pegawai Memerintah Batalion Ke-19 Rejimen Askar Melayu Diraja Lt Kol Azmi Abdul Rahim.
Mohd Halim berkata selain kekuatan anggota, ATM turut menggunakan teknologi terkini termasuk pemantauan menerusi udara menggunakan dron bagi memastikan tiada pihak, khususnya pendatang asing tanpa izin membolosi sempadan negara.
Terdahulu pada majlis itu, beliau berkata seramai 300 anggota ATM daripada Batalion ke-19 Rejimen Askar Melayu Diraja ditugaskan membantu pihak polis menjalankan sekatan jalan raya dan rondaan serta pemeriksaan di tiga daerah di kawasan Seberang Perai.
Katanya mereka menggantikan anggota Rejimen Ke-3 Kor Amor Diraja yang sebelum ini telah bertugas di kawasan Seberang Perai bermula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Angkatan Tentera Malaysia
#ATM
#Baling
#Bukit Kayu Hitam
#Kedah
#lorong tikus
#Weng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan