awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ATM letak dua syarat baru pengambilan anggota

Bernama
Bernama
04/02/2013
03:30 MYT
ATM letak dua syarat baru pengambilan anggota
Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin
Mulai tahun ini Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan syarat baharu dalam mengambil serta melatih pegawai dan anggota sejajar dengan hasrat negara menjadikan pegawai dan anggota tentera bertaraf dunia.
Panglimanya Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata syarat baharu yang diperkenalkan ATM itu merangkumi dua perubahan dalam pengambilan pegawai dan anggota yang akan dinilai melalui kelulusan akademik.
"Syarat baharu ini kami mula laksanakan awal tahun ini iaitu jika seseorang individu memohon menjadi pegawai muda, kelayakan akademik dinilai adalah dengan memiliki ijazah kelas pertama dengan kepujian dalam mana-mana bidang.
"Berbeza dengan syarat sebelumnya yang hanya dinilai dengan memiliki ijazah, tanpa mengira kelas pertama atau kedua, dan diploma dalam apa-apa bidang," katanya ketika ditemubual Bernama, di pejabatnya baru-baru ini.
Zulkifeli berkata syarat baharu kedua ialah individu yang memohon untuk pengambilan anggota lain-lain pangkat hendaklah lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Beliau berkata sebelum ini permohonan untuk jawatan anggota lain-lain pangkat sekadar memerlukan kelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
"Ini selaras dengan hasrat ATM khususnya dan negara amnya dalam menjadikan pegawai dan anggota ATM bukan sahaja mempunyai kelebihan fizikal dan mental malah mempunyai kelebihan dari segi akademik yang mampu mengangkat nama ATM," katanya.
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#pengambilan anggota
#Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan