awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ATM tahan 12 PATI di sempadan Malaysia-Thailand

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
17/08/2022
13:49 MYT
ATM tahan 12 PATI di sempadan Malaysia-Thailand
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) memasuki negara ini melalui laluan di sempadan negara Malaysia-Thailand, pada Rabu.
BUKIT KAYU HITAM: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) memasuki negara ini melalui laluan di sempadan negara Malaysia-Thailand di sini, pada Rabu.
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataannya berkata, kesemua PATI warga Myanmar itu ditahan di kawasan ladang getah dekat Bukit Kayu Hitam, di bawah sektor Op Benteng kawasan tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 BGD).
“Sepasukan anggota yang sedang melaksanakan tugas rondaan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand telah mengesan pergerakan sekumpulan orang awam disyaki PATI memasuki negara melalui pagar sempadan pada jam 11.20 pagi.
“Anggota seterusnya bertindak menjejaki dan menahan kesemua 12 PATI terbabit yang sedang bersembunyi di kawasan semak dalam kebun getah berhampiran sempadan,” katanya.
Hasil pemeriksaan mendapati kesemua warganegara Myanmar itu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.
Kesemua mereka terdiri daripada 10 lelaki dan dua perempuan berusia 20 hingga 45 tahun.
Menerusi tangkapan itu, pihak ATM turut merampas 10 buah telefon bimbit dan tujuh beg pakaian dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan RM4,700.
Kesemua PATI diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#pati
#pendatang asing
#Sempadan Negara
#ATM
#sempadan Malaysia-Thailand
#Angkatan Tentera Malaysia
#warga myanmar
#Bukit Kayu Hitam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan