MELAKA: Kementerian Pendidikan Tinggi memberi jaminan akan terus memperbaiki dari segi kedudukan 'output' melibatkan pengurusan organisasi mahasiswa yang tertakluk di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 pada masa akan datang.
Menteri berkenaan Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata komitmen itu adalah untuk memastikan mahasiswa dapat bergerak dengan lebih baik dalam aktiviti yang disertai di setiap universiti di Malaysia.
"Lebih utama rang undang-undang yang diluluskan hari ini akan dapat membentuk daya kepimpinan mahasiswa di setiap universiti.
"Pembentukan kepimpinan inilah antara matlamat kita di bawah Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Pendidikan Tinggi bersama keluarga Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Masjid Sayyidina Abu Bakar, Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas pindaan terhadap AUKU 1971 yang diluluskan oleh Dewan Negara hari ini.
Turut hadir Naib Canselor UTeM Profesor Dr Massila Kamalrudin serta hampir 2,000 orang termasuk pelajar, pengurusan dan ahli akademi universiti berkenaan.
Pindaan itu antaranya membabitkan Seksyen 16B dan Seksyen 15A iaitu pengendalian kes tatatertib di universiti serta tindakan memungut dan menerima wang sumbangan oleh Majlis Perwakilan Pelajar.
Terdahulu, Zambry menyerahkan sembilan bas baharu UTeM yang diperoleh melalui konsep sewa pandu bagi menggantikan penggunaan kenderaan sedia ada yang berusia lebih 20 tahun serta sumbangan zakat dan duit raya kepada 12 pelajar tahfiz dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional serta 88 pelajar daripada keluarga B40.
Pada majlis itu, surat tawaran biasiswa kepada pelajar UTeM menerusi Program SULUNG berjumlah RM1,217,852 turut diserah kepada 133 pelajar sarjana muda dan Program Anak Emas dengan nilai RM99,700 untuk empat pelajar sarjana muda dan dua pelajar diploma.
UTeM turut menaja Biasiswa Kesidang berjumlah RM500,000 yang memberi manfaat kepada 163 penerima dalam kalangan pelajar ijazah tinggi dan 82 penerima pascasiswazah.
Sumbangan zakat sebanyak RM 1,767,325 juga diserahkan kepada 70 pelajar sarjana muda dan 30 pelajar diploma selain sembilan komputer riba kepada pelajar terpilih.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 02 2024
Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata komitmen itu adalah untuk memastikan mahasiswa dapat bergerak dengan lebih baik dalam aktiviti yang disertai di setiap universiti di Malaysia. - Gambar fail/Astro AWANI
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
AUKU akan terus diperbaiki demi mahasiswa - Zambry
Komitmen itu adalah untuk memastikan mahasiswa dapat bergerak dengan lebih baik dalam aktiviti yang disertai di setiap universiti di Malaysia.
Pindaan AUKU: Pergerakan golongan mahasiswa tidak lagi terhad - PKPIM
Antaranya, agenda untuk memperkasa mahasiswa akan terhad kerana kelulusan kewangan oleh MPP mungkin tidak banyak, kata Muhammad Dzul Aiman.
Pindaan RUU AUKU dibentang di Dewan Negara bulan depan - KPT
Ia akan melakar sejarah apabila AUKU sekali lagi dipinda untuk mengangkat martabat mahasiswa dan pelajar universiti awam.
Hari Belia: Tambah baik agenda pemerkasaan belia
AUKU yang sehingga kini sering diberi tanggapan negatif tentang peranannya antara yang perlu diperkasakan.
AUKU: KPT perhalusi fasal mengenai kebebasan dan autonomi pelajar - Khaled Nordin
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang mengkaji secara mendalam berkenaan pindaan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971.
AUKU tidak dimansuh, akta baharu ibarat 'salin kulit' sahaja - Mohammad Yusof
Kementerian Pendidikan Tinggi menegaskan tidak akan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, kata Datuk Mohammad Yusof Apdal.
Tidak perlu mansuh AUKU, memadai dipinda - Mahasiswa
Walaupun segelintir pihak mahu AUKU 1971 dimansuhkan, rata-rata kepimpinan penuntut IPT berpendapat memadai sekiranya akta itu dipinda.
KPT pertimbang penubuhan cawangan parti politik di kampus - Khaled Nordin
Mohamed Khaled berkata, cadangan itu selari dengan agenda pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).
Ambil kira pelbagai perkara sebelum buat perubahan, pemansuhan atau penambahbaikan dasar kerajaan
Proses sewajarnya perlu dilakukan dan sebarang cadangan berkaitan hal terbabit akan dibawa melalui proses biasa.
Akta ganti AUKU digubal, beri autonomi dan kebebasan akademik
Langkah itu termasuk mengadakan satu struktur tadbir urus baharu serta struktur pembiayaan yang lebih efisien dan mapan dalam usaha untuk meraikan kebebasan akademik dan autonomi di universiti.