CERITA kami kali ini bermula apabila kami terpaksa membuat pengembaraan turun dari bahagian utara Perth terus ke Lapangan Terbang Cunderdin, apabila dimaklumkan oleh WA Gliding Club bahawa cuaca pagi adalah baik dan tempahan slot penerbangan kami berstatus hijau. Tanpa membuang masa lagi, kami terus memulakan perjalanan ke Cunderdin.
Ketika itu, kami sedang bersenang-senang beraktiviti di sekitar bandar Geraldton yang dihuni ramai masyarakat Melayu Pulau Cocos dan Pulau Krismas. Perancangan kami pada malam itu juga terpaksa dibatalkan bagi mengutamakan aturan penerbangan glider kami. Kami perlu berada di Cunderdin sebelum 11 pagi esoknya.
Glider ini seperti pesawat tidak berenjin. Keseluruhan kawalannya seperti pesawat biasa dengan trim, rudder, pitch dan dikawal dengan menggunakan control stick. Penerbangannya pula perlu mengikut cuaca.
Sekalipun kami telah membuat tempahan seminggu sebelumnya, namun kami tidak boleh sekadar tunggu nasib tanpa melakukan apa-apa. Itu yang sampai ke Kalbari kami menjelajah dengan kiraan, jika cuaca baik, tidaklah mustahil untuk kami sampai ke Cunderdin semula dalam satu malam perjalanan.
Perjalanan ke Cunderdin memakan masa hampir semalaman. Sempat juga kami membuat hentian sarapan. Maklumlah, ketika itu kami dalam mod pengembaraan menggunakan 4x4 Camper. Berhenti sahaja di tepi ladang yang sangat luas pada waktu awal pagi, lalu kami siapkan sarapan sambil mencicip kopi panas sambil menjamu mata dengan pemandangan ladang di sekitar tempat kami berhenti.
Perjalanan sepanjang malam tidak terasa sangat kerana kami semua bergilir-gilir memandu. Ketika kami di situ, kebetulan semasa musim panas. Jam 5 pagi sahaja, matahari telahpun terbit seperti hari siang.
Setelah bersarapan dan berehat, kami pun mengemas untuk perjalanan berbaki ke Lapangan Terbang Cunderdin. Sebenarnya, kami sudah tak mengharap sangat boleh terbang pada hari itu disebabkan cerapan cuaca tiga hari berturut-turut sebelum itu adalah tidak baik. Itulah yang jadi rezeki kami.
Tambahan lagi, pengoperasian glider dilakukan oleh WA Gliding Club pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Pastikan anda semua yang berminat, buat tempahan awal supaya tak kempunan.
Kami tiba sebelum jam 10 pagi di Cunderdin. Jika ikutkan jadual, penerbangan kami ialah pada jam 11 pagi. Bila dah sampai awal, kami bertuah kerana dapat ikut sama membuat persediaan pesawat termasuk memeriksa setiap senarai semak pra-penerbangan. Masa ini, benar-benar terasa macam Tom Cruise sebagai Maverick yang menerbangkan pesawat tempur supersonik.
Dengan bayaran AUD195, pengalaman ini sangat berharga. Kami sama-sama ke hujung lapangan terbang untuk persiapan pelepasan. Barulah kami nampak dari jarak dekat bagaimana glider ini diterbangkan. Sebuah pesawat ringan berenjin turboprop digunakan untuk menjadi pesawat tunda. Satu tali ringan yang kuat menggunakan material polypropylene disambungkan dari badan pesawat tunda ke muncung glider.
Setelah lebih kurang 30 minit persiapan, masa ditunggu tiba. Enjin pesawat tunda sudah mula meraung dan selepas kurang 10 saat, pesawat tunda mula bergerak serentak dengan glider yang kami naiki. Tak perlu risau jika tidak pernah mengoperasikan glider. Kami terbang bersama juruterbang berpengalaman dan bukannya sendiri-sendiri.
Sekitar 10 saat di atas landasan, glider kami mula melayang dahulu sebelum pesawat tunda kami terbang. Barangkali jisimnya yang lebih ringan dan luas permukaan sayap yang lebih membuatkan kami yang terbang dahulu.
Pesawat tunda membuat beberapa pusingan dalam bentuk pusaran bagi mencari awan-awan kecil dan juga ruang udara yang mempunyai perbezaan tekanan agar glider akan lebih mudah mendaki apabila dilepaskan oleh pesawat tunda. Kami dilepaskan pada ketinggian sekitar 2500 kaki dari aras laut.
Saat paling sepi apabila tali tunda dilepaskan dan pesawat tunda terus terbang turun. Ketika itu, penerbangan kami menjadi sunyi tanpa bunyi enjin. Sekadar bunyi bip yang memberi isyarat yang kami sedang kehilangan kelajuan atau mempunyai keupayaan untuk naik aras lebih tinggi berdasarkan frekuensi bip itu berdenting.
Sukar dipercayai, rupanya pesawat tanpa enjin sekalipun masih boleh mendaki sehingga ketinggian 10,000 kaki dari aras laut. Malah, boleh lebih tinggi lagi dari itu. Pemandangan juga sangat menakjubkan. Cuaca baik dengan awan biru dan kadar penglihatan jelas sehingga ke Bandaraya Perth sejauh 160 km jaraknya.
Ini bab yang paling ditunggu-tunggu. Control stick bagi mengawal glider diserahkan kepada kami sepenuhnya selepas ketinggian 10,000 kaki tadi dicapai. Inilah ketikanya, kami betul-betul terasa seperti karakter Maverick di dalam filem Top Gun lakonan Tom Cruise. Pemandangan sangat menakjubkan dan tidak pula terasa bahaya membuat rakaman video juga foto sambil menerbangkan glider.
Pada kami, ini satu pengalaman yang tak patut dilepaskan. Cuma perlu diingat, operasi glider di sini hanya beroperasi pada hujung minggu. Rancang perjalanan anda sebaik-baiknya kerana jika terlepas minggu ini, giliran seterusnya ialah pada hujung minggu berikutnya.
Satu lagi pencapaian dalam dunia kembara telah kami pasukan RareTV rasai. Melihat kecantikan lanskap Australia Barat dari sudut mata burung. Sampai jumpa lagi pada perkongsian minggu hadapan.
* Artikel oleh Saiful Nang, RareTV.
RareTV
Sun Oct 01 2023
Inilah ketinggian 2000 kaki selepas tali tunda kami dilepaskan. - Foto: RareTV
Ketua Pihak Berkuasa ibu kota baharu Indonesia letak jawatan, cetus tanda tanya
Ketua Pihak Berkuasa IKN Nusantara, Bambang Susantono mengambil keputusan untuk mengundur diri dari jawatannya.
Kanak-kanak Palestin redha impian terbantut
Setiap manusia pasti mempunyai impian dan keinginan yang ingin dikecapi..
Buat kanak-kanak di Palestin, hasrat yang ingin mereka capai hanyalah satu iaitu untuk melanjutkan pelajaran ke pesada dunia.
Buat kanak-kanak di Palestin, hasrat yang ingin mereka capai hanyalah satu iaitu untuk melanjutkan pelajaran ke pesada dunia.
Australia buka pengambilan kepada warga asing
Hari ini, kami mengumumkan Australia membuka pintu kepada bukan warganegara untuk berkhidmat dalam pasukan pertahanan. Kami bercakap tentang pemastautin tetap yang telah menetap untuk sekurang-kurangnya setahun. Dan kami memerlukan mereka untuk mengambil kewarganegaraan Australia dalam masa 90 hari selepas menyertai ADF. Kami membuka pintu pada mulanya kepada Kiwi (warga New Zealand) mulai 1 Julai. Susulan itu, mulai Januari tahun depan, mungkin kami akan membuka permohonan kepada negara-negara Five Eyes pula.
Matawang baharu berimejkan King Charles III dipamerkan
Matawang baharu berimejkan King Charles III dipamerkan
Rakyat Britain bakal melihat matawang baharu dengan potret King Charles III, apabila ia akan mula diedarkan pada 5 Jun ini.
Mereka juga berpeluang melihat not polimer itu - yang terdiri daripada £5, £10, £20 dan £50 - dengan lebih awal apabila ia dipamerkan di Muzium Bank England
Rakyat Britain bakal melihat matawang baharu dengan potret King Charles III, apabila ia akan mula diedarkan pada 5 Jun ini.
Mereka juga berpeluang melihat not polimer itu - yang terdiri daripada £5, £10, £20 dan £50 - dengan lebih awal apabila ia dipamerkan di Muzium Bank England
Filipina batalkan 29 penerbangan domestik
Kira-kira 29 penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Filipina telah dibatalkan susulan letusan Gunung Kanlaon di Pulau Negros, menurut Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Manila pada Selasa, lapor Agensi Berita Filipina
17 terbunuh, di Sri Lanka akibat hujan monsun lebat
Sekurang-kurangnya 17 terbunuh, selepas hujan monsun lebat melanda Sri Lanka pada Isnin, mengakibatkan tanah runtuh dan banjir kilat.
13 daripada 25 daerah di negara kepulauan itu dilaporkan banjir, dengan lima daripadanya diletakkan di bawah amaran banjir besar.
13 daripada 25 daerah di negara kepulauan itu dilaporkan banjir, dengan lima daripadanya diletakkan di bawah amaran banjir besar.
Kolaborasi Strategik Domitys Bangsar, IMM CAREHUB untuk warga emas aktif
: Kebiasaannya rumah penjagaan warga emas sering dikaitkan dengan golongan yang terbiar, terasing daripada keluarga, dan hanya ingin menghabiskan sisa-sisa kehidupan dengan minimal.
Namun apa pilihan yang ada bagi warga emas khususnya di Lembah Klang, yang masih aktif, cenderung melakukan aktiviti di luar, atau masih ingin bersosial secara optimum. Jawapannya ada di Domyts Bangsar yang diuruskan Ascott Malaysia.
Namun apa pilihan yang ada bagi warga emas khususnya di Lembah Klang, yang masih aktif, cenderung melakukan aktiviti di luar, atau masih ingin bersosial secara optimum. Jawapannya ada di Domyts Bangsar yang diuruskan Ascott Malaysia.
2 pegawai Kastam didakwa 14 pertuduhan rasuah
Dua pembantu penguasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 14 pertuduhan menerima rasuah RM12,500 antara tahun 2017 dan 2023.
Dua insiden pokok tumbang di Lembah Klang
: Perjalanan lima individu berdepan dengan cetik cemas apabila dua kenderaan yang mereka naiki dihempap pokok tumbang di Kapar, Klang.
Dalam insiden berasingan, sebuah gerai di Kampung Baru turut musnah dihempap pokok tumbang. Tiada kecederaan dilaporkan.
Dalam insiden berasingan, sebuah gerai di Kampung Baru turut musnah dihempap pokok tumbang. Tiada kecederaan dilaporkan.
Asrama lelaki Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu terbakar lagi
Tidak sampai sebulan, bilik asrama lelaki Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu terbakar lagi pada Selasa.
AWANI-RareTV: Terbangkan pesawat tanpa enjin di Cunderdin, Australia Barat
Sukar dipercayai, rupa-rupanya pesawat tanpa enjin masih boleh mendaki sehingga ketinggian 10,000 kaki dari aras laut.