awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Awantec tandatangani perjanjian rangka kerja awan dengan kerajaan

Dagang News
Dagang News
14/05/2022
00:45 MYT
Awantec tandatangani perjanjian rangka kerja awan dengan kerajaan
Awantec Systems memeterai perjanjian rangka kerja awan dengan Mampu dan Google Cloud Malaysia (penyedia perkhidmatan awan-CSP). -Dagang News
KUALA LUMPUR: Awanbiru Technology Bhd (Awantec) menerusi anak syarikatnya, Awantec Systems Sdn Bhd (ASSB) memeterai perjanjian rangka kerja awan dengan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (Mampu) dan Google Cloud Malaysia Sdn Bhd (penyedia perkhidmatan awan-CSP).
Perjanjian itu bagi mewujudkan skop dan syarat asas untuk pembelian perkhidmatan awan CSP kepada kerajaan.
Di bawah syarat perjanjian itu, ASSB akan dilantik sebagai rakan kongsi eksklusif Google untuk penyediaan perkhidmatannya kepada kerajaan Malaysia, menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini.
Perjanjian itu adalah bagi tempoh selama 35 bulan bermula 1 Februari 2022 dan akan berakhir pada 31 Disember 2024.
"Tiada nilai kontrak dinyatakan dalam perjanjian ini. Langganan Perkhidmatan Awan CSP adalah melalui kontrak langganan yang akan ditandatangani antara pelbagai kementerian atau jabatan kerajaan dengan ASSB dan/atau CSP dalam tempoh perjanjian," katanya.
Penawaran perkhidmatan awan ini adalah sejajar dengan aktiviti teras Awantec untuk menyediakan perkhidmatan pelesenan dan perisian serta perkhidmatan pengurusan awan.
Menurut kumpulan, tanpa sebarang perkara dijangka, penyertaan ASSB dalam perjanjian tersebut akan meletakkan kumpulan sebagai MSP eksklusif untuk produk dan perkhidmatan Google kepada kerajaan.
"Ia dijangka menyumbang secara positif kepada pertumbuhan kumpulan dan memberi impak positif ke atas pendapatan sesaham dan aset ketara bersih Awantec," tambahnya. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Awantec
#perjanjian rangka kerja awan
#MAMPU
#Google Cloud Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan