NATIONAL
Awas! Hati-hati fenomena gelombang haba di Malaysia
Status gelombang haba di Semenanjung Malaysia dijangka mencecah sehingga 36.9 darjah celcius.
Berdasarkan kemaskini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), 10 kawasan berada pada tahap satu, iaitu berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian 35 darjah celcius hingga 36.9 darjah celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Kawasan yang disenaraikan adalah Chuping, Perlis; Kubang Pasu, Kota Sertar dan Sik (Kedah); di Perak pula meliputi Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta.
Turut tersenarai Maran, Pahang; Kepong (Kuala Lumpur) dan Muar (Johor).
Data tersebut dikemas kini sehingga jam 8 pagi tadi.
Sehingga jam 11 pagi tadi, kemas kini status gelombang haba itu mendapat reaksi netizen dengan hampir 3,000 perkongsian.
Penduduk di daerah terlibat diminta untuk mengambil langkah berjaga-jaga untuk kekal sihat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami