Skip to main content

Malaysia

Awas! Kawalan sempadan negara tetap diperketatkan walaupun PKPB

61465539538_TenteraKawalsempadan.jpg
61465539538_TenteraKawalsempadan.jpg
Advertisement
Pihak berkuasa termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa mempergiatkan kawalan di sempadan negara sepanjang pelaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia sebagai langkah memastikan tiada sebarang pencerobohan oleh warga asing ke negara ini bagi mengelakkan penularan COVID-19.

"Mengenai kawalan sempadan (negara) masih seperti biasa, malah ia telah diperketatkan (dengan) Pasukan Task Force bersama agensi lain.

"Ia bukan sahaja menumpukan kepada kawasan sempadan rasmi, tetapi juga kawasan tidak rasmi iaitu lorong-lorong tikus, masih diperketatkan," katanya dalam sidang media harian, di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan, ATM masih lagi ditugaskan membantu PDRM walaupun sekatan jalan raya sudah berkurang susulan pelaksanaan PKPB.

Jelas beliau, tumpuan diberikan kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

"Jadi, pihak polis dan tentera masih lagi membantu pihak polis dalam menguatkuasakan SOP ini.

"Terdapat 14 agensi keselamatan yang telah disenaraikan (pasukan Task Force) dan saya percaya 12 agensi lain juga akan melaksanakan kawalan atau pemantauan kepada pematuhan ini," ujarnya.

Must Watch Video

Advertisement