KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia Kuala Lumpur mengingatkan orang ramai agar berwaspada dan tidak terpedaya jika menerima sebarang mesej pesanan sama ada melalui sistem pesanan ringkas (SMS) mahupun platform pemesejan lain yang menawarkan perkhidmatan melepaskan orang kena tahan (OKT) yang dipercayai mempunyai hubungan pekerjaan dengan mereka.
Pengarah Imigresen Kuala Lumpur Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata pihaknya mendapati terdapat penyalahgunaan identiti yang mana ada pihak tidak bertanggungjawab telah memanipulasi maklumat untuk tujuan penipuan yang melibatkan wang ringgit.
"Untuk makluman, hebahan melalui SMS mahupun platform pemesejan serta panggilan telefon berkaitan transaksi di dalam perkhidmatan Imigresen Kuala Lumpur tidak sama sekali diguna pakai dan urusan adalah hanya melalui panggilan telefon rasmi di talian 03-62057400 ataupun alamat-alamat e-mel rasmi iaitu @imi.gov.my sahaja," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata penafian ini dikeluarkan sejajar dengan pemeriksaan dalaman terhadap pegawai Imigresen Kuala Lumpur yang telah disalah guna identiti mereka dan menggesa orang ramai supaya berwaspada dengan taktik serta modus operandi penipuan ini.
"Orang ramai diminta sentiasa berhati-hati dan menyemak sebarang kandungan mesej melalui SMS mahupun platform pemesejan serta panggilan telefon yang disyaki palsu dengan cara menghubungi Imigresen Kuala Lumpur melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SiSPAA) di pautan https://imi.spab.gov.my/eApps/system/index.do atau emel ke [email protected].
"Hal ini adalah bagi mengelakkan anda daripada menjadi mangsa kepada aktiviti berunsur penipuan. Individu yang didapati menyebarkan maklumat palsu boleh dikenakan tindakan perundangan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 13 2024
Pihak Imigresen mendapati terdapat penyalahgunaan identiti yang mana ada pihak tidak bertanggungjawab telah memanipulasi maklumat untuk tujuan penipuan yang melibatkan wang ringgit. - Gambar hiasan
Polis kesan pemilik akaun media sosial timbul kebencian terhadap pemain bola sepak - Saifuddin
Saifuddin mengesahkan polis sedang mengesan pemilik akaun media sosial yang dipercayai menimbulkan kebencian terhadap pemain bola sepak kebangsaan.
Pokok tumbang: Perkhidmatan monorel terjejas, Rapid Rail sedia bas, tren perantara
Insiden pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail di sini menyebabkan perkhidmatan monorel mengalami gangguan.
Gaji penjawat awam Sabah naik selaras dengan Persekutuan - Hajiji
Kerajaan negeri akan terlebih dahulu meneliti perincian kenaikan gaji penjawat awam yang dijangka diumumkan pada Belanjawan 2025 Oktober ini sebelum melaksanakan sebarang kenaikan.
[TERKINI] Seorang maut dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail
Sebatang pokok besar di Jalan Sultan Ismail tumbang susulan hujan lebat dan angin kencang sehingga menyebabkan beberaoa kenderaan remuk akibat dihempap.
NACS bukan sekadar strategi, jadikan Malaysia negara hebat tatakelola
Perdana Menteri tegaskan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) bukan sekadar strategi tetapi bakal melonjakkan kedudukan Malaysia sebagai negara dengan pengurusan tatakelola terhebat di rantau ini.
NACP: Ketirisan RM277 bilion dalam lima tahun sangat menggemparkan – PM Anwar
Jumlah ketirisan sehingga mencecah RM277 bilion dalam tempoh lima tahun (2018 – 2023) seperti yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah angka yang menggemparkan, dan membuktikan gejala rasuah semakin membengkak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Seorang maut, seorang cedera dihempap pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail
Seorang lelaki berusia 47 tahun maut manakala seorang lagi berusia 26 tahun cedera dalam insiden pokok besar tumbang di Jalan Sultan Ismail pada petang Selasa.
Penjenamaan PPR bakal jadikan PRR setanding HDR di Singapura, Jepun dan Korea - Nga Kor Ming
KPKT dalam proses menjenamakan semula PPR kepada PRR di mana model pembinaannya setanding perumahan rakyat di Singapura, Jepun dan Korea Selatan.
Faisal Halim jalani pembedahan jam 5 petang
PEMAIN sayap kebangsaan, Faisal Halim akan menjalani satu lagi pembedahan pada jam 5 petang ini.
Bukit Aman ambil alih kes simbah asid Faisal Halim, suspek kedua direman 5 hari
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek yang merupakan lelaki warga tempatan sebelum itu dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya bagi tujuan permohonan reman.
Awas penipuan guna identiti pegawai Imigresen tawar khidmat bebas OKT
Pihak Imigresen mendapati terdapat penyalahgunaan identiti yang mana ada pihak tidak bertanggungjawab telah memanipulasi maklumat untuk tujuan penipuan yang melibatkan wang ringgit.