KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tenaga (ST) mengingatkan pengguna supaya berwaspada dengan tawaran perkhidmatan penjimatan tenaga elektrik oleh sindiket yang merupakan antara taktik mencuri elektrik.
Pengarah Jabatan Penguatkuasaan dan Operasi Kawasan ST Mohd Elmi Anas berkata sindiket tersebut difahamkan mengambil kesempatan menipu tanpa disedari pengguna dengan mengusik dan mengubah suai meter elektrik bagi mengurangkan bil elektrik pengguna.
Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan ada juga pengguna yang mendapatkan khidmat daripada pihak tidak bertanggungjawab dan cuba mengurangkan bil elektrik bulanan dengan cara mengganggu dan mengusik sistem pemeteran elektrik di premis mereka.
"ST ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil jalan mudah atau tidak mudah terpedaya dengan penawaran untuk menjimatkan elektrik," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Beliau berkata modus operandi dan kaedah yang biasa digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu adalah mengusik sistem pemeteran elektrik seperti memotong pendawaian masuk, meletak bendasing bagi menghalang atau memperlahankan meter, mengganggu keadaan fizikal meter, sambungan terus tanpa melalui meter, pintasan sistem dan pendawaian meter.
Mohd Elmi berkata kes-kes penggunaan elektrik dengan curang atau mencuri elektrik biasanya dilakukan oleh pengguna dengan penggunaan elektrik yang tinggi seperti kilang ais, perlombongan bitcoin dan lain-lain, malah ada juga kes melibatkan pengguna domestik.
"Kegiatan mencuri elektrik ini merupakan kesalahan di bawah Seksyen 37 (1) dan Seksyen 37 (3) Akta Bekalan Elektrik 1990. Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara maksimum lima tahun untuk kesalahan pertama manakala denda sehingga RM5 juta atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya pula boleh dikenakan untuk kesalahan kedua dan seterusnya.
"Mengikut Seksyen 38 (3) Akta Bekalan Elektrik 1990 pula, pihak pemegang lesen seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) boleh menuntut kerugian hasil di mahkamah sekiranya dapat membuktikan mana-mana orang telah mengusik atau mengganggu meter elektrik daripada merekodkan dengan betul,"katanya.
Beliau berkata dari 2015 hingga 2021, ST telah membuka 64 kertas siasatan dengan 36 syarikat dan individu telah didakwa di mahkamah serta dikenakan hukuman denda manakala bakinya sedang menunggu izin daripada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk meneruskan pendakwaan.
"ST berharap pihak-pihak yang telah dibawa ke mahkamah dan didenda tidak lagi mengulangi perbuatan mencuri elektrik sekali gus kes ini dapat menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya tidak mengusik meter elektrik pihak utiliti dengan niat untuk mengganggu bacaan bil elektrik daripada mencatatkan bacaan meter dengan betul," katanya.
Mohd Elmi turut menasihatkan pemilik premis supaya berhati-hati dengan kemungkinan premis mereka digunakan oleh penyewa untuk menjalankan aktiviti mencuri elektrik.
Selain itu, beliau berkata sebagai badan kawal selia sektor tenaga negara khususnya industri pembekalan elektrik dan gas berpaip di Semenanjung dan Sabah, ST sentiasa melaksanakan dan menguatkuasakan peruntukan undang-undang pembekalan tenaga selain memastikan keselamatan orang awam.
Katanya ST memandang serius kegiatan mencuri elektrik kerana ia bukan saja melibatkan soal keselamatan, kebakaran atau gangguan bekalan elektrik malah memberi implikasi besar kepada negara dan pengguna lain memandangkan kos elektrik yang dicuri akan ditanggung oleh semua pengguna dalam penetapan tarif elektrik.
"Bagi membanteras kegiatan curi elektrik, ST menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan pihak berkuasa tempatan serta melaksanakan operasi penguatkuasaan secara bersama. Dalam kes curi elektrik ini juga, pihak PDRM boleh mengambil tindakan undang-undang mengikut Kanun Keseksaan atau Akta Pencegahan Jenayah," katanya.
Mohd Elmi turut menyarankan pengguna supaya mengamalkan kaedah penjimatan elektrik dan menggunakan kelengkapan elektrik cekap tenaga yang dilabel dengan lima bintang bagi mengurangkan bil elektrik.
"ST juga sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk memaklumkan sebarang aktiviti mengusik meter elektrik melalui sistem Aduan ST yang boleh dicapai melalui laman sesawang www.st.gov.my dan aplikasi telefon pintar yang boleh dimuat turun daripada Google Playstore dan Apple Store secara percuma oleh pengguna Android dan iOS," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 07 2022
ST memandang serius kegiatan mencuri elektrik kerana ia bukan saja melibatkan soal keselamatan, kebakaran atau gangguan bekalan elektrik malah memberi implikasi besar kepada negara dan pengguna lain.- Gambar hiasan/BERNAMA
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Aidilfitri: Orang ramai dinasihat utamakan keselamatan elektrik dan gas - ST
Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.
Suruhanjaya Tenaga, SME Corp Malaysia meterai MoU untuk bangunkan PMKS
MoU bertujuan untuk memperluas dan meneruskan hubungan kerjasama terutamanya dalam perancangan dan pelaksanaan program-program untuk PMKS.
MyPower Corp kaji pembaharuan tarif elektrik - Fadillah
MyPower Corp sedang mengkaji untuk melakukan pembaharuan struktur tarif elektrik.
Syarikat kendali EVCS terbakar di Johor beroperasi tanpa lesen - ST
Syarikat yang mengendalikan stesen pengecas kenderaan elektrik (EVCS) di Johor yang terbakar 31 Dis lepas didapati beroperasi tanpa lesen.
Stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi di Sabah beroperasi semula Mac ini
SJHTP milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dijangka beroperasi semula pada Mac ini setelah turbin penjana Unit 3 yang berkapasiti 22MW dapat dipulihkan sepenuhnya.
Tarif elektrik: 99 peratus pengguna domestik di KHTP tidak terjejas
Sejumlah 5,159 atau 99 peratus pengguna domestik di KHTP tidak terjejas dengan pelarasan tarif elektrik dan akan menerima subsidi daripada kerajaan bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Jun 2024.
Pelarasan tarif elektrik: 85 peratus pengguna tidak terjejas - Suruhanjaya Tenaga
Suruhanjaya Tenaga dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, sejumlah 99 peratus atau 8.2 juta pengguna domestik masih menerima subsidi daripada kerajaan.
Banjir: Suruhanjaya Tenaga nasihat utamakan keselamatan libatkan elektrik, gas
Suruhanjaya Tenaga ingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada serta utamakan keselamatan dalam penggunaan elektrik dan gas semasa musim banjir.
32 kes kemalangan elektrik, termasuk 16 kematian, direkod tahun ini setakat 30 Sept - ST
Daripada 32 kes kemalangan elektrik direkodkan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun ini setakat 30 Sept lepas, 16 daripadanya membabitkan kehilangan nyawa.
Belanjawan 2024: Pengeluar sarung tangan gesa semakan semula GSA, mansuh ses
Industri menggesa Suruhanjaya Tenaga untuk mempertimbangkan menyemak semula GSA dengan mengguna pakai mekanisme penetapan harga bayar mengikut penggunaan yang lebih adil.