KUALA LUMPUR: Axiata Group Bhd, Telenor Asia Pte Ltd dan Digi.com Bhd (Digi) telah selesai menggabungkan operasi telekomunikasi Celcom Axiata Bhd dan Digi.
Menerusi kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Rabu, Axiata menjelaskan pihaknya dan Telenor akan memegang pemilikan yang sama dalam Celcom Digi iaitu masing-masing sebanyak 33.1 peratus.
Setelah selesai, Axiata menerima saham Digi yang baru diterbitkan mewakili 33.1 peratus serta tunai berjumlah RM2.5 bilion yang dibiayai oleh Digi dan akan diambil alih oleh entiti gabungan (Celcom Digi).
Digi juga menerbitkan saham untuk Telenor bagi mencapai pemilikan yang sama susulan pembayaran Telenor sebanyak RM300 juta kepada Axiata.
"Dalam memacu proses penyatuan, pihak-pihak bergerak dengan tujuan bermanfaat untuk membentuk syarikat telekomunikasi digital Malaysia berkelas dunia yang akan menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan ekosistem digital dan ekonomi negara.
"Celcom Digi akan menjadi syarikat teknologi tersenarai tempatan terbesar di Bursa Malaysia," tambahnya.
Sementara itu, Axiata and Telenor pula menjelaskan berasaskan proforma bagi tahun kewangan 2021, Celcom Digi akan memberi perkhidmatan kepada kira-kira 20 juta pelanggan, dengan perolehan sebanyak RM13 bilion serta keuntungan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) berjumlah kira-kira RM5.8 bilion.
"Celcom Digi kekal komited kepada sasaran sinergi RM8 bilion seperti yang diumumkan sebelum ini," menurut kedua-dua pihak dalam kenyataan bersama.
Axiata and Telenor juga menambah bahawa Celcom Digi akan mengemukakan saranan kukuh untuk memacu peralihan negara ke arah masyarakat berpendapatan tinggi yang menggunakan digital menerusi penggabungan skala, kompetensi, kekukuhan kewangan dan pengalaman dalam memenuhi pelbagai keperluan pengguna Malaysia.
Pengerusi Axiata, Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan berkata bagi pihak lembaga pengarah Axiata, beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan Celcom Digi atas permulaan baharu ini yang merupakan kemuncak setelah berbulan-bulan kerja penyepaduan yang teliti dilakukan untuk mencipta juara digital Malaysia.
"Dalam melangkah maju, saya yakin Celcom Digi berada di kedudukan baik untuk memberi perkhidmatan kepada pengguna dan perusahaan Malaysia yang mahu meningkatkan daya saing digital dalam era masa kini," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Asia Telenor, Jorgen C Arentz Rostrup berkata syarikat itu komited untuk menjadi pemilik aktif, membawa pengetahuan teknologi, pengalaman di seluruh pasaran antarabangsa serta perkongsian global dengan firma-firma utama industri kepada Celcom Digi.
"Pelancaran Celcom Digi mewakili pencapaian penting dalam perjalanan usaha pendigitalan Malaysia, sejajar dengan aspirasi Telenor untuk membangunkan pengendali terkemuka yang memberi perkhidmatan kepada pelanggan menerusi produk dan perkhidmatan yang relevan, menarik dan mudah," katanya.
Axiata dan Telenor juga menjelaskan sebagai sebahagian daripada usaha membina negara, Celcom Digi akan melabur sehingga RM250 juta dalam tempoh lima tahun untuk membina pusat inovasi bertaraf dunia di Kuala Lumpur.
"Matlamatnya adalah untuk memangkinkan transformasi digital Revolusi Industri Keempat (4IR) dan memperkukuh ekosistem tempatan melalui penerimagunaan Internet Pelbagai Benda (IoT), kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran awan dan 5G.
"Merapatkan jurang digital di kawasan luar bandar untuk menggalakkan penyertaan sosio-ekonomi yang lebih besar akan menjadi keutamaan," jelasnya.
Selain Axiata dan Telenor, pelabur institusi Malaysia seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) adalah antara pemegang saham syarikat baharu itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 30 2022
Axiata menjelaskan pihaknya dan Telenor akan memegang pemilikan yang sama dalam Celcom Digi iaitu masing-masing sebanyak 33.1 peratus.
Malaysia lihat Kazakhstan sebagai rakan strategik dalam rapatkan hubungan Asia Tengah dan Asia Tenggara
Malaysia menyifatkan Kazakhstan sebagai rakan strategik dalam membina hubungan rapat antara Asia Tengah dan Asia Tenggara.
10 Berita Pilihan - (17 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kronologi serangan balai polis sejak 1980
Kronologi serangan terhadap balai polis di seluruh negara sejak 1980.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: JI masih ada saki baki di Asia Tenggara
Professor Datuk Muhammad Nur Manuty berkata, insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram menunjukkan bahawa kumpulan Jemaah Islamiyah masih mempunyai saki baki ahli di Asia Tenggara.
PM diberikan sambutan rasmi sempena lawatan ke Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberikan sambutan rasmi di Kediaman Presiden Kuksaroy pada Jumaat sempena lawatan tiga hari beliau ke Uzbekistan.
AWANI 7:45 [17/05/2024] - Dua anggota polis mati ditembak | Keluarga lebih efektif | Ekonomi global tidak menentu
Tujuh individu direman esok, tragedi serangan Balai Polis Ulu Tiram.
Pengganas JI masih aktif, rekrut ahli keluarga.
Ekonomi tumbuh 4.2 peratus suku pertama 2024.
Bersatu beri tempoh 14 hari, enam ahli berpaling tadah.
Pengganas JI masih aktif, rekrut ahli keluarga.
Ekonomi tumbuh 4.2 peratus suku pertama 2024.
Bersatu beri tempoh 14 hari, enam ahli berpaling tadah.
Lebih 7,000 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata sebanyak 7,065 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara setakat April tahun ini.
Mokhzani letak jawatan pengerusi Maxis, Hamidah dilantik pengerusi sementara
Maxis Bhd hari ini mengumumkan bahawa Pengerusinya, Tan Sri Mokhzani Mahathir akan meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun, 2024.
Jangan ganggu polis teliti siasatan - FAM
Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman menasihatkan mana-mana pihak supaya tidak membuat kenyataan yang boleh menghangatkan lagi keadaan.
Jemaah haji diingatkan tidak terlibat aktiviti politik
Selain nasihat berwaspada dengan cuaca panas, bakal haji yang berada di tanah suci dingatkan hanya tumpukan kepada ibadah sahaja dan elak daripada terlibat dalam aktiviti yang berunsurkan politik