awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ayam Thailand, China dieksport ke Malaysia tak halal? Ini jawapan Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Astro Awani
Astro Awani
08/12/2021
07:47 MYT
Ayam Thailand, China dieksport ke Malaysia tak halal? Ini jawapan Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Ketika ini terdapat sembilan loji ayam di Thailand serta dua di China yang diluluskan untuk mengeksport daging ayam dan keratan ayam ke negara ini. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kesemua loji ayam luar negara yang disenaraikan dalam laman web Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) adalah sah untuk menjalankan aktiviti mengeksport ke Malaysia.
Menerusi satu kenyataan, DVS memaklumkan ketika ini terdapat sembilan loji ayam di Thailand serta dua di China yang diluluskan untuk mengeksport daging ayam dan keratan ayam ke negara ini.
"Senarai loji-loji di laman sesawang DVS dikemas kini dari semasa ke semasa dan loji-loji yang didapati tidak mematuhi syarat import yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia akan digantung kelulusan eksport.
"Notifikasi penggantungan akan dipaparkan pada nama loji tersebut di laman sesawang DVS untuk makluman pihak-pihak berkepentingan.
"Badan Pengesahan Halal Luar Negara yang mengawal selia aktiviti penyembelihan halal di loji ayam Thailand iaitu The Central Islamic Council of Thailand dan di China iaitu Shandong Halal Certification Services adalah masih sah tempoh pengiktirafan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sehingga 31 Disember 2023," memetik kenyataan itu di sini, hari ini.
Kenyataan itu menyusul susulan video seorang penceramah bebas yang tular dalam media sosial yang mendakwa loji-loji ayam Thailand dan China yang mengeksport produk ayam ke Malaysia telah tamat tempoh dan tidak halal.
Justeru, DVS mengingatkan orang awam supaya merujuk kepada Pihak Berkuasa Veterinar, DVS untuk mendapatkan keterangan dan pengesahan perkara-perkara yang berkaitan sahih sebelum membuat sebarang hebahan dalam media sosial bagi mengelakkan spekulasi.
Topic Berkaitan
#Jabatan Perkhidmatan Veterinar
#ayam eksport
#eksport ayam ke Malaysia
#isu halal ayam eksport
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan