Ayam yang dijual dengan harga murah di sebuah pasar raya di Dungun sejak beberapa bulan lepas disahkan mempunyai sijil halal dan diimport dari China.
Ini disahkan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Terengganu yang membuat siasatan terhadap aduan pengguna yang meragui status dan tahap keselamatannya.
Berikutan itu, Exco Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi, dan Kepenggunaan Negeri Roslee Daud berkata perkara tersebut dianggap selesai dan terpulang kepada pengguna untuk membuat pilihan sama ada ingin membeli ayam berkenaan atau ayam tempatan dengan harga kawalan yang ditetapkan.
"Memang kita ada dapat aduan daripada pengguna yang ragu-ragu dengan status ayam dijual terlalu murah kerana risaukan mengenai status halal dan tahap keselamatannya apabila dimasak.
"Bayangkan harga runcit ayam diproses yang ditetapkan KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) pada RM7.30 dan harga borong RM6.60 sekilogram tetapi peniaga tertentu menjual ayam itu dengan harga RM4 hingga RM4.50 sekilogram.
"Daripada segi peraturan, peniaga itu tiada apa-apa masalah kerana jika diimport dari China, mungkin harga yang diperoleh adalah murah. Namun pada masa sama kita akan tetap meneruskan pemantauan berhubung perkara ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai aduan pengguna mengenai penjualan ayam terlalu murah di negeri ini yang dijual di beberapa tempat termasuk di sebuah pasar raya di Dungun.
Mengulas lanjut, Roslee berkata pihaknya juga memuji tindakan pantas pengguna yang memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk memastikan siasatan segera dijalankan, sekali gus merungkai keraguan pengguna berhubung perkara itu.
Terdahulu beliau merasmikan Majlis Pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2015 di sebuah pasar raya besar di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah PPDNKK negeri, Azlan Abdul Samad.
Sempena sambutan Krismas pada tahun ini, KPDNKK menetapkan 12 jenis barangan di bawah kawalan harga yang ditetapkan. Antaranya daging kambing tempatan bertulang, daging kambing biri-biri import bertulang dan daging kambing biri-biri import tanpa tulang.
"Setiap barangan di bawah kawalan harga KPDNKK mempunyai tanda harga berwarna merah jambu dan skim kawalan harga itu bermula hari ini hingga 27 Dis ini," katanya.
Bernama
Thu Dec 24 2015

Ayam yang dijual dengan harga murah di sebuah pasar raya di Dungun sejak beberapa bulan lepas disahkan mempunyai sijil halal dan diimport dari China. - Gambar hiasan
Tarif Trump: Analisis pasca rundingan delegasi Malaysia dengan Amerika Syarikat
Ikuti langsung Buletin AWANI Khas membawakan analisis komprehensif rundingan Malaysia-Amerika Syarikat berkenaan tarif AS.
Mexico kekurangan bekalan air, tersepit penuhi janji dengan AS
Komuniti petani kini sedang mencari sumber air baharu untuk memenuhi keperluan asas hidupan.
Houthi tembak tujuh reaper milik AS, rugi lebih AS$200 juta
Dron-dron canggih bernilai sekitar 30 juta dolar setiap satu itu ditembak jatuh semasa misi pengawasan dan serangan antara 31 Mac hingga 22 April.
Pakistan kutuk tindakan India gantung Perjanjian Air Indus
Jurucakap Kementerian Luar Pakistan, Shafqat Ali Khan menekankan bahawa air adalah "kepentingan nasional yang penting" bagi 240 juta rakyat Pakistan.
Pihak berkuasa India roboh rumah disyaki milik militan
Memetik Reuters, rakaman video menunjukkan rumah-rumah tersebut musnah sepenuhnya, dengan penduduk sekitar berkumpul untuk menyaksikan kejadian itu.
AS mungkin turunkan tarif China
The Wall Street Journal pada Rabu melaporkan bahawa Rumah Putih sedang mempertimbangkan untuk mengurangkan lebih separuh daripada 145 peratus tarif yang dikenakan ke atas import China.
China minta AS tak sebar maklumat mengelirukan
Jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun memaklumkan tidak tahu mengenai dakwaan bahawa China merancang memberi pengecualian tarif ke atas beberapa import dari Amerika.
Tiada kuasa yang dapat mencabar dominasi AS - penganalisis
Pakar Keselamatan dan Hubungan Antarabangsa Collins Chong Yew Keat berpendapat tiada kuasa yang dapat mencabar dominasi Amerika Syarikat ke atas ekonomi dan teknologi.
Jangan digugat dengan isu perbezaan sesama sendiri - PM
Perdana Menteri mahu rakyat tidak memandang remeh isu di peringkat antarabangsa, termasuk pengumuman tarif oleh Donald Trump baru-baru ini.
Hargai nikmat perpaduan di Malaysia - Raja Permaisuri Agong
Seri Paduka Baginda bertitah tatkala banyak tempat di serata dunia menghadapi konflik bersenjata dan peperangan sehingga menyebabkan kematian ribuan orang, Malaysia masih bertuah menikmati keamanan.
![[KOLUMNIS] Telur oh telur [KOLUMNIS] Telur oh telur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649388405_TBMASHUPCHICKEN.jpg)
[KOLUMNIS] Telur oh telur
AYAM penelur hanya dapat bertelur apabila mencapai usia 18 - 20 minggu.

Lima syarikat pengisar makanan ayam dikesan terbabit perjanjian antipersaingan, langgar Akta 712 - MyCC
Siasatan mendapati maklumat perdagangan sensitif telah dikongsi antara syarikat terbabit yang dilihat berpotensi mengganggu persaingan dalam pasaran.

Koperasi digalak terlibat dalam ternakan dan import ayam - Noh Omar
Semua koperasi di negara ini digalakkan terlibat dalam sektor ternakan dan import ayam dalam memastikan bekalan dengan harga lebih murah dapat diberikan kepada rakyat.

Usahawan FELDA : Nik Agro Farm sasar pengeluaran 15,000 anak ayam kampung asli
Permintaan terhadap ayam kampung adalah sangat tinggi dan sering menjadi pilihan kepada mereka yang mementingkan nutrisi terbaik.

Kerana seekor ayam, lelaki ini didenda RM813
Seorang lelaki berusia 83 tahun didenda sebanyak AS$194.77 (RM813) kerana ayam jantan miliknya berkokok tanpa henti pada waktu pagi.

Ayam murah di Dungun punya sijil halal - Exco
Ayam yang dijual dengan harga murah di sebuah pasar raya di Dungun sejak beberapa bulan lepas disahkan mempunyai sijil halal dan diimport dari China.

Harga ayam dan Akta Persaingan 2010
Saban tahun kita disajikan dengan harga ayam yang meningkat naik terutamanya ketika musim perayaan. Dimana puncanya? Apa pula peranan Akta Persaingan 2010?