awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ayob Khan nafi pegawai JSJN terlibat edar dadah

Bernama
Bernama
14/06/2022
11:10 MYT
Ayob Khan nafi pegawai JSJN terlibat edar dadah
Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menafikan terdapat ramai pegawai tinggi jabatan itu terlibat dengan sindiket pengedaran dadah seperti dakwaan yang disiarkan menerusi aplikasi Telegram Edisi Siasat. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menafikan terdapat ramai pegawai tinggi jabatan itu terlibat dengan sindiket pengedaran dadah seperti dakwaan yang disiarkan menerusi aplikasi Telegram Edisi Siasat.
Beliau berkata, laporan berkenaan adalah rekaan semata-mata yang berniat jahat untuk menjejaskan kredibiliti pucuk pimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta cuba memberi gambaran bahawa rasuah berleluasa dalam jabatan itu.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa pegawai tertinggi JSJN dan pegawai PDRM yang lain bersekongkol dengan sindiket dadah.
"Sekiranya terdapat bukti kukuh ada pegawai atau anggota bersekongkol dengan sindiket pengedaran dadah, PDRM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ayob Khan menegaskan, semua kejayaan yang dicapai oleh PDRM adalah hasil kerjasama antara semua jabatan dalam PDRM bersama jabatan-jabatan dan agensi luar dan ia bukan kejayaan individu.
"Masyarakat diingatkan supaya tidak mudah percaya dan terpengaruh dengan sebarang kenyataan yang tidak berasas dan tidak ditentukan kesahihannya," katanya.
Beliau berkata, tindakan berkongsi atau menyebarkan kenyataan sedemikian akan menimbulkan keresahan dan kebimbangan masyarakat.
Hari ini tular menerusi Telegram Edisi Siasat mendakwa terdapat pegawai tinggi dalam PDRM melindungi sindiket pengedaran dadah serta mendapat 'habuan besar'. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#JSJN Bukit Aman
#Rasuah
#Telegram Edisi Siasat
#ayob khan mydin pitchay
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan