awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azalina, Ewon wakil Malaysia ke Istiadat Pengebumian Negara untuk Pope Francis di Vatican City

Astro Awani
Astro Awani
25/04/2025
01:15 MYT
Azalina, Ewon wakil Malaysia ke Istiadat Pengebumian Negara untuk Pope Francis di Vatican City
Istiadat Pengebumian Negara untuk mendiang Pope Francis akan diadakan pada 26 April 2025 (esok) di Vatican City.
KUALA LUMPUR: Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick akan mewakili Kerajaan Malaysia ke Istiadat Pengebumian Negara untuk mendiang Pope Francis yang akan diadakan pada 26 April 2025 (esok) di Vatican City.
Pengumuman wakil Kerajaan Malaysia ke Istiadat Pengebumian Negara untuk mendiang Pope Francis itu dimaklumkan oleh Wisma Putra dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Istiadat pengebumian Negara berkenaan termasuk mengadakan upacara keagamaan berdasarkan adat Roman Katolik (Misa Pengebumian) di St. Peter’s Square, Vatican City yang akan dipimpin oleh Giovanni Battista Re, Ketua Kolej Kardinal.
Setelah itu, satu istiadat perarakan akan diadakan bagi mengiringi jenazah Pope Francis ke Basilika Santa Maria Maggiore, di mana beliau akan disemadikan dalam satu upacara tertutup.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Pope Francis pada 21 April lalu.
Dalam perutusan beliau, Anwar memperingati sumbangan besar kepada usaha dialog antara agama, pengurusan alam sekitar serta perlindungan hak bagi golongan dimarginalisasi.
Sementara pada Rabu lalu, Ewon juga telah menandatangani Buku Takziah di Kedutaan Besar Holy See di Kuala Lumpur bagi pihak Kerajaan Malaysia.
Topic Berkaitan
#Pope Francis
#Pope Francis meninggal dunia
#Istiadat Pengebumian Negara
#Vatican City
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan