SHAH ALAM: Warga pendidik khususnya guru disaran memberi kerjasama melaporkan kejadian jenayah seksual membabitkan kanak-kanak sekolah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said ini kerana dapatan pihaknya mendapati kes sedemikian gagal dilaporkan oleh warga pendidik sekali gus menyukarkan pihak berkuasa melindungi mangsa serta mengambil tindakan terhadap pelaku.
Beliau berkata para pendidik perlu tahu bahawa mereka juga boleh didakwa sekiranya mengambil sikap tidak ingin masuk campur terhadap aduan atau luahan daripada murid yang mendakwa menjadi mangsa jenayah itu sebagaimana diperuntuk di bawah Seksyen 19 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).
"Harapan kita ialah dalam tempoh lapan jam mereka berada di sekolah, cikgu dan guru besar boleh menjadi mata dan telinga untuk membantu kami mencari penyelesaian kepada kes jenayah itu... Kami mahu lebih ramai guru tampil membuat laporan berhubung perkara itu.
"Yang pemangsa itu dah tentu salah tetapi cikgu-cikgu janganlah diam dan tak ingin masuk campur kerana ia adalah satu kesalahan... kerana jika anda tahu dan anda tidak melaporkannya, anda boleh didakwa," katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Mengenai Perlindungan Murid Daripada Ekploitasi Seksual di sini hari ini.
Turut hadir pada konvensyen yang bertujuan memberi penerangan kepada warga pendidik mengenai kepentingan pematuhan Seksyen 19 itu ialah Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Untuk rekod, Seksyen 19 memperuntuk hukuman ke atas mana-mana individu yang tidak memberikan maklumat mengenai perlakuan atau niat mana-mana individu lain untuk melakukan kesalahan itu.
Akta itu juga menghendaki mana-mana orang yang mempunyai maklumat sedemikian melaporkannya di balai polis berdekatan dan jika gagal berbuat demikian, boleh disabitkan kesalahan serta berdepan denda maksimum RM5,000.
Azalina juga berkata Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEU) akan terus menjalin kerjasama dengan kementerian lain yang berkaitan bagi memastikan undang-undang di bawah akta itu mempunyai impak sepatutnya dalam kalangan masyarakat.
"Sebab itu kami mengambil pendekatan berbeza kali ini iaitu bekerjasama dengan semua pihak berkaitan iaitu bukan hanya memiliki undang-undang yang bagus malah memastikan pihak sekolah dan para guru akan membantu kami dalam melaksanakannya," kata beliau.
Fadhlina pula berkata pihaknya sedang berusaha untuk menambah bilangan guru kaunseling terlatih bagi memenuhi keperluan semasa melibatkan pelbagai isu termasuk kesihatan mental dan disiplin murid.
Beliau berkata para pendidik juga sering diingatkan agar memberi lebih perhatian terhadap murid di sekolah dan mengamalkan sikap ambil tahu jika mendapati wujud tanda-tanda jenayah seksual berlaku terhadap kanak-kanak di sekolah masing-masing.
Terdahulu, konvensyen sehari itu menyaksikan pemeteraian kerjasama di antara BHEU dengan Kementerian Pendidikan (KPM) berhubung perkongsian data dan statistik kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak, memperbaharui modul latihan untuk guru serta warga KPM selain penganjuran program kesedaran mengenai hak kanak-kanak dan keselamatan diri.
Kerjasama yang membuktikan komitmen kerajaan bagi memastikan keselamatan kanak-kanak dalam sistem pendidikan itu akan berlangsung untuk tempoh dua tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 16 2024
Azalina semasa sidang media pada Konvensyen Mengenai Perlindungan Murid Daripada Eksploitasi Seksual di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, hari ini. - Foto Bernama
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Mekah - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Mekah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
Golongan muda paling ramai sertai program
Golongan muda antara yang paling ramai menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini, yang akan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan.
Hayati perjuangan, jangan alpa kuasa dimiliki - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan ‘kuasa’ yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.
10 Berita Pilihan - (11 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Tumpuan Ahad - 12 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia 2024-2026
Penggal berkenaan akan bermula daripada 12 Mei 2024 sehingga 11 Mei 2026.
Lawatan Anwar perkukuh hubungan dua hala Malaysia-Qatar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Qatar dari 12 hingga 14 Mei untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama di antara Malaysia dan Qatar di dalam pelbagai aspek, kata Kementerian Luar (Wisma Putra).
Guru didakwa kasari murid ditempatkan di pejabat pendidikan daerah
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah agama di Pontian yang didakwa melakukan kekasaran terhadap sekumpulan murid akan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Islam daerah.
PRK KKB: Jangan mengundi ikut emosi - Azalina
Sebaliknya, beliau berkata, pengundi perlu melihat kepada rekod perkhidmatan penyandangnya yang telah melaksanakan tugasnya dengan baik.
Terengganu tidak bincang cadangan hukuman sebat di khalayak - Azalina
Tiada sebarang perbincangan di antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Persekutuan berhubung cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak atau tempat awam.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
Kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya dilaksana di tiga negara - Azalina
Inisiatif pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya akan dilaksana secara berfasa selama dua tahun melalui kajian empirikal di tiga negara iaitu Kanada, Australia serta United Kingdom.
Dewan Negara lulus RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023
Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023.
Kabinet setuju mula proses pinda Akta Hasutan
Kabinet memberi persetujuan untuk memulakan proses meminda Akta Hasutan bagi mengekang provokasi terhadap isu kaum, agama dan raja (3R).
Kerajaan fokus beri rawatan terhadap individu cuba bunuh diri - Azalina
Penghapusan Seksyen 309 Kanun Keseksaan tahun lepas memberi peluang baharu, di samping menggalakkan mereka untuk dapatkan rawatan.
Dewan Rakyat kecoh: 'Saya berpuasa.. sabarlah' - Azalina
Dewan Rakyat kecoh apabila penggulangan Datuk Seri Azalina Othman Said mengenai RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 dicelah Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Azalina saran guru bantu banteras jenayah seksual kanak-kanak
Warga pendidik khususnya guru disaran memberi kerjasama melaporkan kejadian jenayah seksual membabitkan kanak-kanak sekolah.