awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kabinet setuju mula proses pinda Akta Hasutan

Sinar Harian
Sinar Harian
25/03/2024
07:15 MYT
Kabinet setuju mula proses pinda Akta Hasutan
Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau telah diberi 'lampu hijau' oleh Kabinet untuk memulakan proses itu dua minggu lepas. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Kabinet telah memberi persetujuan untuk memulakan proses meminda Akta Hasutan bagi mengekang provokasi terhadap isu kaum, agama dan raja (3R).
Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau telah diberi 'lampu hijau' oleh Kabinet untuk memulakan proses itu dua minggu lepas.
"Matlamatnya adalah untuk membantu kerajaan apabila melibatkan isu 3R. Kita akan duduk dan lihat balik seksyen dan akta mana.
"Bukan untuk mengetatkan tapi bagaimana kita mahu 'invoke' supaya keadaan di luar yang disebut sebagai fenomena 3R dapat kita kawal dengan menggunakan perundangan," katanya dalam episod 91 Keluar Sekejap yang disiarkan pada Ahad.
Pada Julai tahun lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata, Jemaah Menteri bersetuju menyemak Akta Hasutan bagi memastikan undang-undang itu digunakan terhadap mereka yang menghina institusi diraja.
Pengumuman Azalina dibuat tidak lama selepas Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengingatkan pembangkang terhadap kritikan terhadap Raja-Raja, sambil menyatakan tindakan seperti itu tidak boleh diterima.
Perdana menteri berkata beliau tidak pernah menggunakan Akta Hasutan terhadap pengkritiknya, namun hanya akan mengambil tindakan saman atau membuat laporan polis.
Saifuddin turut menyatakan pendirian kerajaan yang tidak mahu menggunakan Akta Hasutan bagi tujuan politik.
'Kalau soal politik, kita tidak menggunakan akta ini tetapi bila melibatkan 3R ia perlu dilaksanakan, inilah sahaja undang-undang yang kita ada.
"Politik, kita lawan dari segi politik," jelasnya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#akta hasutan
#Saifuddin Nasution
#kabinet
#isu 3R
#Azalina Othman Said
#provokasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan