Skip to main content

Malaysia

AZEC : Malaysia komited perkukuh kerjasama serantau bagi kestabilan bekalan tenaga - PM Anwar

Saya telah menyertai ‘Asia Zero Emission Community (AZEC) Plus Online Summit on Energy Resilience’ atas jemputan Kerajaan Jepun.  Penghargaan dirakamkan kepada Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi, atas penganjuran sidang tergempar pada waktu yang amat kritikal ini, khususnya perkembangan terkini di Asia Barat yang menjejaskan Selat Hormuz, mengingatkan kita bahawa kestabilan bekalan tenaga amat penting bagi memastikan ekonomi kekal berdaya tahan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. Malaysia kekal f
Anwar berkongsi mengenai penyertaan beliau dalam Sidang Kemuncak Mengenai Daya Tahan Tenaga AZEC Plus secara dalam talian atas jemputan kerajaan Jepun. - Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Malaysia kekal komited dalam usaha memperkukuh kerjasama serantau menerusi Asia Zero Emission Community (AZEC) atau Pemimpin-Pemimpin Komuniti Pelepasan Sifar Asia bagi memastikan bekalan tenaga stabil, mencukupi serta berdaya tahan.

Ketika menegaskan perkara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkembangan terkini di Asia Barat, terutama membabitkan Selat Hormuz hanya mengingatkan bahawa kestabilan bekalan tenaga amat penting bagi memastikan ekonomi kekal berdaya tahan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Advertisement

“Sebagai negara pengeluar tenaga, termasuk gas asli cecair (LNG), Malaysia akan terus memainkan peranan konstruktif dalam menyokong keselamatan tenaga serantau, di samping mempelbagaikan sumber tenaga termasuk tenaga boleh baharu serta memperkukuh sistem tenaga negara selaras dengan keutamaan pembangunan negara,” kata Perdana Menteri menerusi hantaran terbaharu di platform X hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan, turut berkongsi mengenai penyertaan beliau dalam Sidang Kemuncak Mengenai Daya Tahan Tenaga AZEC Plus secara dalam talian atas jemputan kerajaan Jepun.

“Penghargaan dirakamkan kepada Perdana Menteri Jepun Sanae Takaichi bagi penganjuran sidang tergempar pada waktu yang amat kritikal ini,” kata Anwar.

-- BERNAMA

 

 

 

 

Must Watch Video