awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azhar Arshad dilantik Datuk Bandar MBSP baharu mulai 1 Jan

Bernama
Bernama
31/12/2021
08:59 MYT
Azhar Arshad dilantik Datuk Bandar MBSP baharu mulai 1 Jan
Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan pelantikan Datuk Azhar Arshad sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang baharu.
GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Azhar Arshad sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang baharu menggantikan Datuk Rozali Mohamud yang telah tamat kontrak perkhidmatannya hari ini.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) pada 21 Dis lepas telah meluluskan pelantikan Azhar, 55, secara peminjaman untuk tempoh dua tahun dan opsyen pelanjutan satu tahun berkuat kuasa 1 Jan 2022.
"Azhar kini merupakan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan urusan pelantikan tersebut sedang diuruskan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Chow turut mengucapkan terima kasih kepada Rozali atas perkhidmatan cemerlang sebagai Datuk Bandar MBSP serta jawatan-jawatan lain sejak beliau menyertai perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan pada tahun 1990.
Azhar yang pernah berkhidmat di Kementerian Penerangan Malaysia serta beberapa Pejabat Daerah dan Tanah negeri Pahang sebelum menabur khidmat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang sejak November 2018.
Azhar memiliki latar belakang akademik dalam Ijazah Sarjana Muda Ekonomi; Diploma Pendidikan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI); Diploma Pengurusan Awam dan Kursus Sarjana Pengurusan Sumber Tanah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Bandar MBSP
#Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai
#Azhar Arshad
#pulau pinang
#Rozali Mohamud
#Chow Kon Yeow
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan