awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azhar, Azalina kekal sebagai Speaker, Timbalan Speaker Dewan Rakyat

Bernama
Bernama
30/12/2020
05:42 MYT
Azhar, Azalina kekal sebagai Speaker, Timbalan Speaker Dewan Rakyat
Ahmad Kamal berkata, beliau mendapati bahawa pelantikan Azhar dan Azalina adalah sah dan tidak boleh diadili atau dihakimi oleh mahkamah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Datuk Azhar Azizan Harun dan Datuk Seri Azalina Othman Said masing-masing kekal sebagai Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa pelantikan mereka adalah sah.
Ia susulan keputusan Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid yang membenarkan permohonan Azhar, Azalina dan dua yang lain untuk membatalkan saman pemula yang dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat lagi individu untuk mencabar kesahihan pelantikan mereka.
Batal saman cabar pelantikan Speaker, Timbalan Speaker
Ahmad Kamal berkata setelah meneliti hujahan lisan dan bertulis daripada kedua-dua plaintif dan defendan, beliau mendapati bahawa pelantikan Azhar dan Azalina adalah sah dan tidak boleh diadili atau dihakimi oleh mahkamah.
“Permohonan defendan pertama (Azhar), kedua (Azalina), ketiga (Timbalan Speaker Datuk Mohd Rashid Hasnon) dan keempat (Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin) untuk membatalkan saman pemula dibenarkan.
"Berikutan keputusan itu mahkamah tidak menetapkan sebarang kos selepas berpuas hati isu yang dibangkitkan itu adalah melibatkan kepentingan awam," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azalina Othman Said
#Mahathir Mohamad
#mahkamah
#Perdana Menteri
#Dewan Rakyat
#Azhar Azizan Harun
#Speaker
#Timbalan Speaker
#pelantikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan