awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kertas siasatan anggota polis pukul pemuda diserah kepada Pejabat Peguam Negara
Finas salur RM1.51 juta insentif tayangan kepada 27 filem
[TERKINI] "Kerajaan tegas perangi rasuah, tanpa pilih kasih" – PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azhar Harun sedih ada rakan putuskan hubungan bila dilantik Speaker Dewan Rakyat

Astro Awani
Astro Awani
26/02/2021
05:55 MYT
Azhar Harun sedih ada rakan putuskan hubungan bila dilantik Speaker Dewan Rakyat
Azhar menjelaskan peranannya sebelum dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat dan selepas menggalas jawatan itu masih sama, tidak menyokong mana-mana pihak. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pelantikan Datuk Azhar Azizan Harun sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat selepas Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pentadbiran negara menyebabkan beliau kehilangan beberapa rakan baiknya.
Bercerita kepada portal MalaysiaNow, Azhar memberitahu teman-temannya berubah sikap dan menjadi "seolah-olah mereka bukan kawan" apabila beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Azhar mengakui apa yang berlaku itu merupakan salah satu perkara yang membuatkan dirinya sedih pada tahun 2020.
Bagaimanapun Azhar menjelaskan peranannya sebelum dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat dan selepas menggalas jawatan itu masih sama, tidak menyokong mana-mana pihak.
“Saya tak berubah. Saya kat tengah sini. Dulu A sebelah kiri, A tengok sebelah kiri saya. B kat kanan, B tengok sebelah kanan saya.
“Sekarang, saya masih kat tengah. B dah datang ke sini, A dah datang ke sini,” katanya merujuk kepada perubahan kedudukan di Dewan Rakyat selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik menjadi perdana menteri berikutan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
“Itu saja. Tak ada udang, tak ada batu. A dulu, dia nampak batu. B dulu nampak udang. Sekarang B nampak batu, A nampak udang. Saya (masih) kat sini,” katanya.
Azhar yang juga dikenali dengan panggilan Art Harun, bagaimanapun gembira dapat memainkan peranan penting dalam mengetuai sidang Dewan Rakyat kerana mempunyai rakan di kedua-dua belah pihak.
“Reaksi yang saya dapat, sangat mengejutkan. Ia masih mengejutkan saya sehingga kini,” katanya lagi.
Azhar dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat Ke-10 pada Julai tahun lalu.
BACA: "Saya dipelawa, bukan dipaksa" - Azhar Harun
BACA: Azhar Azizan Harun YDP Dewan Rakyat baharu, angkat sumpah dalam suasana 'gempita'
Topic Berkaitan
#Azhar Azizan Harun
#Yang Dipertua Dewan Rakyat
#Perikatan Nasional
#sedih
#rakan
#2020
#Dewan Rakyat
#Muhyiddin Yassin
#Pakatan Harapan
#Art Harun
#Speaker Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan