KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang membuktikan mereka yang meramalkan kariernya akan hancur, mempunyai perut buncit dan lutut longgar apabila menamatkan zaman bujangnya pada usia 22 tahun, adalah tidak benar.
Sebaliknya, pemenang pingat perak Tokyo 2020 yang membina mahligai perkahwinan bersama Datin Athiah Ilyana Abd Samat, 35, pada 2010 bersyukur apabila kariernya masih bertahan dan terus mengecap pelbagai kejayaan sehingga hari ini.
"Pepatah 'di belakang kejayaan seseorang lelaki itu ada seorang perempuan yang hebat' adalah benar sama sekali. Saya buktikan itu (stigma) semua dusta, syukur Alhamdulillah sampai ke hari ini masih perkasa.
"Orang hanya lihat kejayaan saya adalah hasil daripada kerja keras latihan dan sebagainya tetapi sebenarnya sokongan jitu daripada isteri dan keluarga adalah melangkaui segala-galanya," katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook dan Instagram hari ini.
Hasil perkahwinan Azizulhasni, 33, dan Athiah Ilyana itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Amna Maryam, 8, dan Amna Khadeeja, 5. Isterinya sedang mengandung anak ketiga mereka.
Azizulhasni yang diberi julukan 'The Pocket Rocketman' itu turut mengambil kesempatan memberi penghargaan kepada kedua ibu bapanya iaitu Selamiah Yong dan Awang Embong.
Katanya, ibunya dengan rela hati terpaksa melepaskan beliau berhijrah ke Kuala Lumpur ketika berusia 16 tahun demi mengejar cita-cita menjadi atlet negara dan situasi itu menyebabkannya amat jarang berjumpa apatah lagi meluangkan masa bersama keluarga seperti orang lain.
"Tetapi dalam keadaan begitupun, Ma (ibu) masih sentiasa memberikan sokongan, menyuruh saya supaya sentiasa berlatih bersungguh-sungguh dan mengejar impian peribadi dan misi negara," katanya.
Sementara itu, Azizulhasni yang mesra disapa 'Jijoe' menyatakan semangat bapanya yang merupakan pesakit demensia dan pernah diserang strok sebelum ini, sentiasa bersama dalam dirinya walaupun jarang dapat bersua.
Juara keirin dunia 2017 itu berkata hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahui perasaannya sebaik mendapat perkhabaran bapanya dimasukkan ke hospital akibat strok beberapa hari sebelum ke Jepun.
Beliau pada masa sama turut berterima kasih kepada adik-beradiknya di Terengganu yang menjaga bapanya dengan rapi seterusnya mereka memintanya memberi tumpuan penuh menggalas cabaran negara di Velodrome Izu.
Pada aksi final keirin lelaki Ahad lepas, penyandang juara Jason Kenny dari Great Britain mengesahkan pingat emas untuk mengekalkan gelarannya manakala Azizulhasni melintasi garis penamat untuk pingat perak dan gangsa pula milik pelumba Belanda, Harrie Lavreysen.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 11 2021
Azizulhasni yang mesra disapa 'Jijoe' menyatakan semangat bapanya yang merupakan pesakit demensia dan pernah diserang strok sebelum ini, sentiasa bersama dalam dirinya walaupun jarang dapat bersua. - Gambar fail
Tukang cuci warga Indonesia ditahan rakam wanita dalam tandas
Polis menahan seorang tukang cuci tandas warga Indonesia yang disyaki merakam seorang wanita dalam tandas kedai menjual biskut, di Lorong Hang Jebat, di sini, pada Ahad lalu.
Kes pukul OKU: Grab Malaysia sudah mohon pampasan buat pemandu
Grab Malaysia sudah memohon pampasan bagi pemandu e-hailing orang kurang upaya (OKU) yang mendakwa dipukul pengawal pengiring baru-baru ini.
Abai anak hingga mati: Pasangan kekasih tukar pengakuan
Pasangan kekasih menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, atas pertuduhan mengabaikan anak perempuan berusia tiga tahun sehingga mengakibatkan kematiannya.
MOT perlu pastikan kontena Israel tidak berlabuh dalam negara - TPM Ahmad Zahid
Kementerian Pengangkutan perlu memastikan tiada mana-mana kontena syarikat perkapalan berpangkalan di Israel berlabuh di pelabuhan negara ini.
Suami Bunga Cinta Lestari didakwa gelapkan RM1.7 juta
Tiko Aryawardhana, suami Bunga Cinta Lestari, telah didakwa menggelapkan sejumlah wang bernilai RM1.7 juta milik AAS
Letusan Gunung Kanlaon: Filipina batalkan 29 penerbangan domestik
29 penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Filipina telah dibatalkan susulan letusan Gunung Kanlaon di Pulau Negros.
Penduduk kawasan terjejas mula simpan air hadapi gangguan bermula esok
Penduduk di kawasan sekitar Lembah Klang yang dijangka menghadapi gangguan bekalan air bermula esok hingga Khamis ini mula menyimpan air.
Boon Heong dedah turut ditipu RM2.5 juta
Tan Boon Heong berkongsi pengalaman pahit pernah menjadi mangsa sindiket penipuan yang menyebabkan dia mengalami kerugian hampir RM2.5 juta.
Mohd Ali junjung kasih kepada Sultan Ibrahim atas perkenan pelantikan YDP Melaka
Tun Mohd Ali Rustam menjunjung kasih dan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong atas perkenan melantik beliau sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka.
Keputusan biopsi kedua adik Fatimah, 'The Family UK' diketahui 10 hingga 14 hari
Keputusan biopsi kedua Fatimah Omar Mukhlis kanak-kanak cilik yang pernah tular kerana kepetahannya bercakap dalam loghat Kelantan walaupun membesar di United Kingdom, akan diketahui dalam tempoh sepuluh hingga 14 hari lagi.
Daya ketahanan mental lebih baik daripada sebelum ini - Azizulhasni
Azizulhasni menetapkan sasaran untuk memenangi emas di Olimpik Paris pada penampilan terakhirnya dan kelima di temasya terbesar dunia itu.
Nurul Izzah mahu 'berguru' dengan Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus
The Pocket Rocket Women mahu menimba ilmu dengan Azizulhasni Awang serta Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang berpengalaman.
Norza yakin atlet akan tunai janji raih emas di Olimpik Paris
Peminat sukan tanah air diseru tidak meragui keupayaan atlet kebangsaan untuk merangkul pingat emas Olimpik sulung negara pada Olimpik Paris.
Paris 2024: Beasley elak latihan berlebihan
Kebanyakan atlet ketika ini meningkatkan rejim latihan mereka menjelang Sukan Olimpik paris 2024 namun ia berbeza buat jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang.
Perlumbaan di Jepun beri nilai tambah buat Azizulhasni
Azizulhasni berkata pihaknya dan pasukan berpuas hati dengan prestasi yang dicapai pada perlumbaan yang berlangsung di Velodrom Izu di Shizuoka, Jepun itu.
MOM jangka 10 lagi atlet akan raih tiket ke Olimpik Paris
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan bahawa sebanyak 18 atlet kebangsaan daripada tujuh jenis sukan layak ke Olimpik Paris 2024 setakat hari ini.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
Penampilan kelima di Olimpik bukan sekadar melengkapkan penyertaan - Azizulhasni
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bakal menjadi atlet lelaki pertama Malaysia beraksi di lima Sukan Olimpik berturut-turut.
Azizul, Shah Firdaus, Nurul Izzah secara rasmi layak ke Olimpik Paris - Amarjit
Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah dan Nurul Izzah Izzati secara rasmi layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan berlangsung dari 23 Julai hingga 11 Ogos ini.
Sukan Olimpik: Malaysia secara tidak rasmi sudah ada 17 wakil ke Paris 2024
Kontinjen negara secara tidak rasmi kini telah memiliki 17 atlet yang akan bersaing dalam Sukan Olimpik Paris 2024 pada Julai depan.