KUALA LUMPUR: Grab Malaysia sudah memohon pampasan bagi pemandu e-hailing orang kurang upaya (OKU) yang mendakwa dipukul pengawal pengiring baru-baru ini.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, berkata permohonan berkenaan difailkan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) pada pagi Selasa.
Menurutnya, permohonan sedemikian biasanya tidak mengambil masa lama untuk diproses.
“Kita akan melihat kepada perlindungan manfaat yang sewajarnya.
"(Begitupun) Saya kena periksa dengan Perkeso untuk lihat adakah ini perkara yang dilindungi di bawah insurans Perkeso,” katanya.
Astro AWANI baru-baru ini melaporkan orang ramai diminta memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kes berkenaan.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain juga telah memberi jaminan bahawa siasatan akan dilakukan, dan orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi berhubung perkara itu.
Fahmi juga mengingatkan netizen untuk berhati-hati dan tidak menyentuh isu 3R (agama, bangsa dan institusi diraja) di media sosial, selain ia juga bertujuan untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan.
Astro Awani
Tue Jun 04 2024
Menurut Steven Sim, permohonan sedemikian biasanya tidak mengambil masa lama untuk diproses. - Gambar fail
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Juruiring kenamaan pukul pemandu e-hailing OKU didakwa hari ini
Polis Kuala Lumpur dalam satu kenyataan ringkasnya berkata, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Kes pukul OKU: Grab Malaysia sudah mohon pampasan buat pemandu
Grab Malaysia sudah memohon pampasan bagi pemandu e-hailing orang kurang upaya (OKU) yang mendakwa dipukul pengawal pengiring baru-baru ini.
Pukul OKU: Buat aduan kepada IPCC sekiranya ragu siasatan kes - Azalina
Mana-mana pihak boleh membuat aduan kepada Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang diwujudkan untuk melindungi hak rakyat.
Pukul OKU: PDRM akan panggil pegawai terlibat ke Bukit Aman - KPN
Razarudin berkata, langkah itu diambil bagi memastikan siasatan menyeluruh dilakukan dan semua pihak terlibat dapat memberi keterangan.