Pengerusi PKR Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memulakan persaingan jawatan timbalan presiden parti dengan langkah kanan di negeri itu, apabila mendahului pencabarnya Mohd Rafizi Ramli pada fasa pertama pemilihan PKR yang berlangsung di sembilan cabang di Selangor pada Ahad.
Sembilan cabang berkenaan ialah Sabak Bernam, Sungai Besar, Hulu Selangor, Serdang, Kelana Jaya, Subang, Kapar, Kota Raja dan Sepang.
Menurut laman sesawang Pemilihan Keadilan 2018 di www.pemilihankeadilan2018.com, Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi memperoleh 9,337 undi sementara Mohd Rafizi memperoleh 8563 undi.
Bekas menteri besar Selangor itu mendapat sokongan enam cabang iaitu Sabak Bernam, Sungai Besar, Serdang, Subang, Kota Raja dan Sepang sementara Mohd Rafizi yang juga bekas anggota Parlimen Pandan mendapat sokongan daripada tiga cabang iaitu Hulu Selangor, Kelana Jaya dan Kapar.
Keputusan itu bagaimanapun belum muktamad kerana masih terdapat dua fasa pemilihan di Selangor melibatkan 13 cabang lagi, iaitu Puchong, Gombak, Petaling Jaya (PJ) Utara, PJ Selatan, Kuala Langat, Klang dan Selayang pada 21 Okt manakala pada 28 Okt melibatkan Tanjong Karang, Kuala Selangor, Ampang, Pandan, Shah Alam dan Hulu Langat.
Selain itu, Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) hanya akan memuktamadkan keputusan berkenaan selepas Peti Undi Ragu diproses.
Sebelum ini, keputusan undi di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan memihak kepada Mohd Rafizi sementara Mohamed Azmin menguasai Pulau Pinang dan Johor.
Dalam pada itu, saingan di peringkat cabang menyaksikan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar R. Sivarasa memenangi jawatan ketua cabang Subang apabila menewaskan pencabarnya Shatiri Mansor sementara Anggota Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid gagal merebut jawatan ketua cabang Kapar apabila tewas kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Dr Daroyah Alwi.
Sivarasa dan Abdullah Sani turut bertanding bagi merebut jawatan anggota Majlis Pimpinan Pusat sementara Dr Daroyah bagi jawatan timbalan ketua wanita PKR.
Selangor yang mempunyai keanggotaan paling ramai disahkan layak mengundi iaitu 249,850 orang, merupakan negeri ketujuh melaksanakan proses pemilihan yang pertama kali menggunakan kaedah secara 'e-voting' atau e-undi.
Terdahulu, berlaku sedikit kekecohan membabitkan proses pemilihan di cabang Sabak Bernam dan Kapar apabila beberapa perwakilan tidak berpuas hati kerana terpaksa menunggu lama sebelum dibenarkan mengundi.
Mengulas mengenai perkara itu, pengerusi JPP Datuk Rashid Din berkata meskipun keadaan sedikit kecoh pada awal pengundian namun kemudian berjaya dikawal.
"Pada awalnya proses pengundian agak perlahan kerana kehadiran anggota parti yang ramai, namun kemudian keadaan kembali terkawal selepas kira-kira 100 anggota parti dibenarkan masuk ke dewan untuk mengundi.
"Kita memang tidak mampu nak puaskan hati semua pihak, di mana-mana sahaja akan berlaku masalah seperti ini.
"Apapun secara keseluruhan proses pengundian di sembilan cabang berjalan lancar, tiada insiden pergaduhan dilaporkan dan tiada proses pengundian di mana-mana cabang yang ditangguhkan," katanya ketika dihubungi Bernama.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 14 2018
Mohamed Azmin mendapat sokongan enam cabang iaitu Sabak Bernam, Sungai Besar, Serdang, Subang, Kota Raja dan Sepang. - Gambar fail
Dewan Rakyat bahas laporan RCI Batu Puteh
Azalina menegaskan penelitian terhadap penemuan dan syor-syor Suruhanjaya bukan sahaja dapat memberikan penjelasan tentang kedudukan perkara berkaitan kedaulatan negara, tetapi juga mengukuhkan komitmen bersama untuk menegakkan kepentingan negara.
Tertakluk prinsip tanggungjawab kolektif jemaah menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet kerana ia adalah tanggungjawab bersama.
Takkan langsung Dr Mahathir tiada jasa kepada negara? - MP bahas laporan RCI Batu Puteh
Takiyuddin ketika berbahas menyifatkan laporan RCI tersebut sebagai cacat kerana sebanyak 47 daripada 217 muka surat telah dipadam.
''Mengapa mereka tak bangkang atau beri pendapat?'' - Tun M
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama perlu beliau beritahu meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Dialog Tiga Penjuru: Assad Tumbang, Kemudian...?
Apa makna disebalik tumbangnya Bashar Al-Assad ketika Israel mula merampas Bukit Golan dan mengebom depot senjata di selatan Syria dan Damsyik untuk menghalang kumpulan pembangkang daripada merampasnya?
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.
[INFOGRAFIK] Pulau Batu Puteh
Berikut adalah info berkenaan dengan Pulau Batu Puteh.
[TERKINI] Titah Adendum: PM anggap pihak kecam sebagai dangkal ilmu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pihak yang mengecam beliau berhubung isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebagai dangkal ilmu.
Tinjauan udara di Terengganu
Tinjauan banjir dari udara bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sekitar Kuala Terengganu mendapati keadaan semakin baik.
Khairul Aming sah kena E-Coli
Pempengaruh terkenal, Khairul Aming mengesahkan terkena jangkitan bakteria E-Coli sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital.
1,008 perwakilan Amanah undi secara e-voting
Secara keseluruhan seramai 98 calon bertanding bagi mengisi jawatan yang dipertandingkan.
Ada keperluan untuk semak semula proses pemilihan PKR - Dr Afif
Dr Afif berkata perubahan perlu dilakukan untuk memastikan PKR kekal relevan dan survival parti itu yang kini adalah sebuah parti pemerintah.
Anwar serah isu pemilihan PKR kepada JPP
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak mempunyai kuasa untuk membuat sebarang keputusan kerana ia diputuskan bersama dalam Majlis Pimpinan Pusat menerusi mesyuarat Biro politik.
Zuraida mahu JPP dedah Log File tablet e-undi Julau
Ini katanya bagi menutup ruang spekulasi dan tuduhan berkaitan kemungkinan berlakunya serangan siber dan sistem pemilihan telah yang diceroboh.
Azmin atasi Rafizi di Selangor
Ketua Koordinator PKR Selangor, Hassan Yusof berkata menteri Hal Ehwal Ekonomi itu mendapat sokongan daripada kesemua cabang berkenaan - Tanjong Karang, Ampang, Pandan, Shah Alam dan Hulu Langat.
Fasa terakhir pemilihan PKR di Selangor hari ini
Enam cabang berkenaan adalah Tanjong Karang, Kuala Selangor, Ampang, Pandan, Shah Alam dan Hulu Langat yang mempunyai lebih 61,000 anggota layak mengundi.
Pemilihan PKR: Pakar IT sahkan 2,000 undi hilang akibat capaian internet lemah
Penjelasan itu menjawab dakwaan sesetengah pihak ibarat 'menuduh' jawatankuasa itu menyorokkan dan memanipulasi data undi.
Politik wang: Pemimpin PKR Kedah direman seminggu
Perintah tahanan reman ke atas suspek berusia 59 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Alor Setar Jamaluddin Elias.
Azmin bermula dengan langkah kanan di Selangor
Menurut laman sesawang Pemilihan Keadilan 2018 di www.pemilihankeadilan2018.com, Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi memperoleh 9,337 undi sementara Mohd Rafizi memperoleh 8563 undi.
Pemilihan PKR peringkat Selangor bermula di sembilan cabang hari ini
Sembilan cabang berkenaan ialah Sabak Bernam, Sungai Besar, Hulu Selangor, Serdang, Kelana Jaya, Subang, Kapar, Kota Raja dan Sepang yang mempunyai lebih 108,000 anggota layak mengundi.