Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Dr Afif Bahardin berkata ada keperluan untuk kepimpinan PKR Pusat melihat semula proses pemilihan parti itu yang dilihat tidak mewakili suara majoriti dan akar umbi secara keseluruhannya.
Dr Afif yang mengakui terdapat kelemahan dalam proses pemilihan parti itu berkata perubahan perlu dilakukan untuk memastikan PKR kekal relevan dan survival parti itu yang kini adalah sebuah parti pemerintah.
"Kita parti reformasi harus punya kesedaran, iltizam dan keyakinan diri untuk melakukan perubahan. Kalau kita 'rigid', tidak mahu melakukan perubahan maka akhirnya kita akan menjadi UMNO dan Barisan Nasional yang tidak mahu berubah mengikut kehendak rakyat dan mengangkat prinsip-prinsip demokrasi dan keadilan seperti yang selayaknya.
"Kalau kita ada kesilapan kita harus akui dan kita harus bergerak daripada kesilapan itu dan melakukan perkara yang betul. Itu prinsip reformasi yang kita junjung dalam PKR," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Dewan Undangan Negeri, di sini pada Isnin.
Beliau berkata pihaknya akan membawa usul berhubung perkara itu dalam Kongres AMK yang dijadual berlangsung di Shah Alam, Selangor, Jumaat ini.
Dr Afif berkata proses pemilihan parti adalah sangat penting untuk menjadi cerminan dan keyakinan kepada masyarakat bahawa PKR sebuah parti yang kuat dan telus.
"Tempoh pemilihan sepanjang tiga bulan ini bukan hanya melelahkan malah mencemar dan merosakkan imej parti terutamanya kepada masyarakat.
"Tugas kita selepas ini untuk kembali menyusun kerangka dan gerak kerja agar dapat mengembalikan keyakinan rakyat dan lebih penting kita nak menyediakan presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus maju ke hadapan."
Beliau berkata perubahan proses pemilihan parti itu yang perlu dilihat semula termasuk konsep demokrasi secara terus, sistem 'e-voting', keanggotaan perwakilan dan pencalonan.
Ditanya sama ada cadangan supaya pemilihan dihadkan kepada perwakilan sahaja, Dr Afif berkata perkara itu perlu dibincangkan sebelum keputusan mengenainya dimuktamadkan.
"Ada beberapa konsep yang boleh digunakan dan masih memegang prinsip demokrasi. Ini kerana, pengundi sememangnya ahli PKR tetapi ada daripada mereka mungkin langsung tak pernah terbabit dalam gerak kerja parti.
"Saya yakin PKR agak sukar untuk meneruskan kelangsungan parti kerana akan sentiasa berada dalam keadaan menghadapi kemelut dan konflik tak diingini jika gagal membuat reformasi dalam proses pemilihan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 13 2018
AFIF: Kalau kita ada kesilapan kita harus akui dan kita harus bergerak daripada kesilapan itu dan melakukan perkara yang betul. - Gambar fail
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
PRN: Sokongan meningkat, PN Selangor yakin rampas Selangor
Perikatan Nasional (PN) Negeri Selangor yakin dapat menakluk negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
RN: PN Selangor adakan Konvensyen Pilihan Raya sejurus pembubaran DUN - Afif
Perikatan Nasional (PN) Negeri Selangor akan melancarkan Jentera Pilihan Raya PN Peringkat Negeri pada 24 Jun ini.
Pengurusan kes rayuan kes bekas ADUN cabar undang-undang lompat parti Pulau Pinang pada 5 Mei
5 Mei ditetapkan untuk pengurusan kes rayuan empat bekas ADUN Pulau Pinang yang gagal dalam saman mereka bagi mencabar kesahan usul yang diluluskan oleh DUN bagi mereka mengosongkan kerusi mereka.
Anwar PM ke-10: Pembentukan kabinet, Bajet 2023 jadi kayu ukur
Aspek tersebut akan menjadi cabaran kepada kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh Anwar terutamanya dalam menentukan hala tuju negara.
Empat ADUN masih boleh bertugas - Chow Kon Yeow
Selagi Mahkamah Tinggi (Pulau Pinang) tidak membuat keputusan, mereka masih boleh menjalankan tugas sebagai ADUN seperti biasa.
PKR arahkan Tian Chua letak jawatan lantikan politik
Arahan itu dikeluarkan menerusi sepucuk surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bertarikh 29 Jun 2020.
Afif akui ada desakan lepas jawatan Exco Pulau Pinang
Keputusan melepaskan jawatan tersebut yang dipegang sejak tujuh tahun lalu diambil selepas perbincangan dengan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow pada Rabu.
Dr Afif Bahardin letak jawatan Exco Pulau Pinang
Exco Pulau Pinang , Dr Afif Bahardin meletakkan jawatan sebagai Exco Pulau Pinang berkuatkuasa hari ini.
Dr Afif terima surat tunjuk sebab didakwa cetus rusuhan ketika kongres tahun lepas
Beliau hanya menerima surat itu petang Khamis, dan difahamkan beberapa lagi pimpinan AMK telah menerima surat yang sama, namun tidak mengetahui siapa yang telah menerima surat tersebut.
Kongres AMK kecoh, bekas pengerusi tetap dilarang masuk
Selain itu, pihak keselamatan turut cuba menghalang Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Dr Afif Bahardin dari memasuki kawasan berkenaan, menyebabkan berlakunya pertembungan.