Mufti Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) disarankan mengadakan pertemuan dengan Sisters In Islam (SIS) bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham berhubung isu semakan kehakiman terhadap fatwa yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai fahaman sesat.
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata cadangan supaya ketiga-tiga pihak mengadakan pertemuan itu telah diusulkan ketika mesyuarat Dewan Diraja Selangor yang berlangsung pada Isnin.
Katanya, beliau dengan perkenan Sultan Selangor mengusulkan perkara berkenaan dengan harapan ia dapat diselesaikan dengan baik.
"Saya mencadangkan, dengan perkenan Sultan, supaya mufti Selangor dan Mais membuat pertemuan dengan SIS bagi mengelak kekeliruan dan salah faham.
"Saya benar-benar berharap dengan konsultasi dan pertemuan yang dijalankan tanpa prasangka, akan membantu membawa suasana harmoni sepertimana yang dianjurkan Islam," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Katanya, beliau menghubungi mufti Selangor bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara yang dibangkitkan selepas membaca kenyataan SIS yang memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Oktober lalu.
Azmin berkata, isu tersebut kemudiannya dibincangkan dalam mesyuarat Dewan Diraja itu yang kebetulan diadakan pada 3 November bagi mendapatkan penjelasan langsung dari mufti Selangor dan Pengerusi Mais.
Beliau menjelaskan cadangan supaya pertemuan diadakan dengan SIS selepas penjelasan diberikan oleh Mufti Selangor dan Mais.
Dalam kenyataan itu juga, Azmin mengingatkan bahawa beliau bukan ahli jawatankuasa Fatwa Selangor dan Pejabat Menteri Besar tidak berkuasa ke atas hal berkaitan fatwa.
Dalam semakan kehakimannya, SIS menamakan Jawatankuasa Fatwa Selangor, Mais dan kerajaan Selangor sebagai responden untuk membatalkan fatwa yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai fahaman sesat dan mahu diiktiraf sebagai badan yang dijamin mengikut Akta Syarikat 1965 dan tidak terikat dengan fatwa itu.
Pada Julai 2004, Jawatankuasa Fatwa Selangor mengisytiharkan SIS dan mana-mana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman "liberalisme" dan "pluralisme" agama sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.
Sementara itu, Pengurus Program SIS Suri Kempe berkata, pihaknya menyambut baik dan mengalu-alukan cadangan yang dikemukan oleh Azmin itu.
Suri berkata pihaknya terbuka untuk mengadakan dialog dan masih menunggu jemputan rasmi dari Mais dan Jawatankuasa Fatwa.
"Belum ada jemputan rasmi dari pihak Mais atau Jawatankuasa Fatwa Selangor untuk dialog yang dicadangkan itu.
"Kami (SIS) terbuka dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk berdialog dengan Mais atau Jawatankuasa Fatwa Selangor.
"Pihak kami juga mengalu-alukan cadangan yang dikemukan oleh Menteri Besar Selangor itu," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Irwan Muhammad Zain
Wed Nov 05 2014
Azmin cadang Mufti Selangor dan Mais berdialog dengan SIS
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
MAINJ dijangka keluar fatwa berkaitan GISB dalam tempoh sebulan - Exco
MAINJ melalui Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Jabatan Mufti sedang meneliti keputusan MKI dengan melakukan proses semakan fatwa.
Tiada keperluan mendesak fatwakan GISB sesat di Terengganu - Mufti
Mohamad Sabri berkata, pihaknya akan mendapatkan penjelasan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia terlebih dahulu mengenai isu tersebut.
Fatwa GISB menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar diwartakan - MAIS
Fahaman, ajaran, pegangan atau amalan ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dan rangkaiannya yang difatwakan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar telah diwartakan dan disiarkan dalam Warta Kerajaan
Fatwa di bawah RUU Mufti (WP) 2024 hanya untuk orang Islam - Mohd Na'im
Fatwa yang diwartakan di bawah Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 adalah hanya mengikat orang Islam sahaja serta terhad di bawah bidang kuasa negeri, kata Menteri di Jabatan Per
Taksub pemimpin, seleweng akidah antara punca GISB akan difatwa sesat di Selangor
Khutbah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini menekankan tentang kesesatan akidah dibawa GISB yang menyimpang daripada ajaran Islam.
Isu GISB: Jawatankusa Fatwa MKI hanya keluarkan pandangan hukum - Mohd Na'im
Mohd Na'im menjelaskan bahawa fatwa berkaitan GISBH akan diputuskan oleh setiap negeri di negeri masing-masing.
Mufti Kelantan belum putuskan fatwa tentang ajaran GISB
Jabatan Mufti Negeri Kelantan masih mengumpul bukti yang boleh mengaitkan GISB sebagai kumpulan ajaran sesat sebelum memutuskan sebarang fatwa tentangnya.
Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism
Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama.
Haram, berdosa tunai haji tanpa visa haji
Islam menetapkan kepentingan untuk taat kepada Allah, Rasul dan pemimpin atau peraturan dalam melakukan sesuatu perkara.
Status daging kultur: MKI akan bincang dengan IIFA
MKI akan mengeluarkan fatwa berhubung status daging kultur selepas mengadakan perbincangan dengan Akademi Fiqh Islami Antarabangsa (IIFA).