Timbalan Presiden PKR , Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin kontroversi klip video intim yang didakwa melibatkan dirinya didalangi orang dalam parti.
Beliau mengulangi sebanyak dua kali berhubung keyakinannya terhadap dakwaan berkenaan.
"Saya yakin (orang dalam parti adalah dalang), saya yakin (orang dalam parti adalah dalang)," katanya kepada media selepas majlis menandatangani perjanjian hak pembangunan antara Konsortium PCSB-MGB di Shah Alam, pada Selasa.
Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi bagaimanapun menyerahkan siasatan isu berkenaan kepada polis dan tiada pihak perlu campur tangan.
Malah, katanya, apa jua kenyataan dikeluarkan oleh mana-mana pihak adalah tidak adil kerana siasatan sedang berjalan.
"Bagi saya dari awal saya yakin ini ada agenda politik orang-orang tertentu yang bertujuan menyekat kemaraan prestasi saya dalam kerajaan dan dalam politik.
"Saya yakin umum telah melihat siapakah dalang dalam episod ini. Biarlah polis jalankan siasatan dan tidak adil sekiranya kita atau individu membuat kenyataan yang boleh mengganggu siasatan.
Malah, setiap tindakan yang dilakukannya selepas kontroversi video intim itu adalah berdasarkan nasihat peguamnya.
"Sebab itu saya buat laporan qazaf. Saya telah buat tindakan berdasarkan nasihat peguam dan pihak yang memberikan pandangan mereka ini perlu dilakukan. Siasatan perlu berjalan dan tidak terganggu dengan tekanan oleh pihak bertanggungjawab," ujarnya.
Astro Awani
Tue Jun 18 2019
Mohamed Azmin yakin kontroversi klip video intim yang didakwa melibatkan dirinya didalangi orang dalam parti. - Gambar Astro AWANI
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Institusi Yang Di-Pertuan Agong perlu terus dipelihara, dipertahan - Al Sultan Abdullah
Al-Sultan Abdullah bertitah supaya institusi Yang di-Pertuan Agong di negara ini terus dipelihara dan dipertahan pada setiap masa.
Jangan biarkan agenda politik halang perpaduan rakyat - Halimah
Ahli politik dan parti politik tidak harus membiarkan cita-cita dan agenda mereka menjadi penghalang kepada perpaduan masyarakat, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Sadique.
COVID-19: Ekonomi negara 'sakit', 100,000 peruncit bakal gulung tikar - SME Malaysia
Presiden Persatuan SME Malaysia, Datuk Michael Kang berkata ia bakal menyaksikan kerugian sehingga RM400 juta.
Waris mangsa MH17 ada hak tuntut pampasan tambahan
Menurut peguam Dr Syed Iskandar Syed Jaafar, antaranya adalah hak untuk menuntut pampasan terus dari pihak yang bertanggungjawab terhadap insiden tersebut.
Azmin yakin video intim kerja 'orang dalam' parti
Timbalan Presiden PKR , Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin kontroversi klip video intim yang didakwa melibatkan dirinya didalangi orang dalam parti.
Saman Tun Mahathir terhadap Najib hanyalah agenda politik - Khairy
Menurut Khairy Jamaluddin, tindakan guaman itu adalah perlanjutan agenda politik semata-mata manakala parti terus menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri.