Semua pihak harus menerima permohonan maaf pengacara popular, Azwan Ali yang dikatakan menjadi punca perselisihan faham dengan peminatnya mengenai cadangan tempat makan yang menarik.
Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah bagaimanapun berkata, dia tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis seandainya Azwan melakukan kesalahan sama semula.
"Kita tahu mulutnya memang 'laser' sejak dahulu tetapi sekurang-kurangnya dia sudah minta maaf semalam.
"Kita harap dia tidak buat lagi kesalahan itu. Kita tidak mahu hanya kerana perselisihan media sosial, semua orang bergaduh dan melarat menjadi persengketaan yang besar," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
BACA: Selepas digertak, Azwan Ali akhirnya mohon maaf
Abdul Rani mengulas kapsyen permohonan maaf Azwan di laman Instagramnya yang dilihat sebagai permohonan maaf pada Selasa.
Dalam insiden itu, Azwan pada awalnya bertanyakan restoran stik terbaik untuk berbuka puasa.
Pertanyaannya mendapat reaksi seorang pengikut yang mencadangkan sebuah restoran bernama Me'nate.
Azwan yang tersalah anggap tentang cadangan itu terus mengherdik pengikut yang bernama NurAziraWA itu dengan kata cacian.
Tindakannya itu mengundang reaksi negatif daripada pengguna laman sosial lain yang menganggapnya sesuatu yang kelakar dan memalukan.
Bagaimanapun, atas rasa kasihan terhadap nasib Azira, pemilik restoran Me'nate Steak Hub, Chef Mustaffa Othman menjemputnya untuk makan percuma di restoran itu.
BACA: 'Tweet Azwan Ali bukan macam orang berpuasa' - Mufti Perak
Sementara itu, Abdul Rani memberitahu, antara perkataan yang menyebabkannya terasa adalah hinaan 'Melayu' di dalam catatan Tweet Azwan.
"Jangan kutuk Melayu, itu yang kita terasa sangat, kali ini kita bagi peluang dan Azwan harus berjanji tidak mengulangi kesalahan sama lagi," jelasnya.
Sebelum ini, Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, sikap biadab Azwan tidak menggambarkan teladan dan sifat seorang Muslim sebenar.
Jelas Dr Harussani, apa yang dipaparkan Azwan di akaun Twitternya juga menunjukkan ciri-ciri golongan fasik.
BACA: 'Ah Kooy, jangan berani sangat ugut ah long' - Rani Kulup
Abdul Rani turut berpesan, dia tidak mempunyai akaun Instagram seperti yang diminta Azwan namun meminta pengacara itu menggunakan akaun Facebooknya seandainya mahu menyampaikan sebarang pesanan.
"Kita tidak ada Instagram, tetapi ada Facebook, sama sahaja, boleh sampaikan apa sahaja pesanan Azwan di laman sosial itu," ujarnya.
BACA: 'Saya punya #kipidap lagi popular daripada Ahmad Maslan' - Rani Kulup
Sebelum ini, Abdul Rani memberitahu Facebook 'troll' miliknya dilihat lebih popular daripada yang dimiliki Datuk Ahmad Maslan kerana pengajaran yang terkandung di dalam laman itu sendiri.
Tegas Abdul Rani, walaupun laman itu dikendalikan 'peminat'nya, ia dilihat memberi lebih banyak teladan dan bermanfaat daripada laman Facebook 'troll' Timbalan Menteri Kewangan itu.
Wan Syamsul Amly
Wed Jul 01 2015
RANI KULUP: Azwan Ali, bersedia untuk laporan polis kalau kamu buat hal lagi. -Gambar fail
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak
Hakim menyatakan bahawa Deepak tidak memegang sebarang jawatan dalam syarikat itu, dan oleh itu, kenyataan Azmin tidak boleh dianggap merujuk kepada J&E Advance Tech Sdn Bhd.
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.
PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.