awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Badan Peguam gesa kerajaan benarkan firma guaman beroperasi semasa PKP

Bernama
Bernama
26/04/2020
22:39 MYT
Badan Peguam gesa kerajaan benarkan firma guaman beroperasi semasa PKP
Salim gesa kerajaan memberi peluang kepada firma guaman untuk meneruskan operasi semasa tempoh PKP. -Gambar fail
Badan Peguam Malaysia menggesa kerajaan memberi peluang kepada firma guaman untuk meneruskan operasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurutnya profesion perundangan memainkan peranan penting dan tugas mereka tidak dapat digantikan dalam ekonomi untuk memberi sokongan kepada sektor hartanah dan perbankan serta operasi melibatkan kontrak dan urus niaga, pasaran modal, pemulihan hutang, ketakmampuan bayar dan perlindungan hartanah intelek.
"(Bagaimanapun) memberi kebenaran kepada firma guaman untuk beroperasi hanya akan bermakna sekiranya agensi-agensi lain turut dibenarkan berbuat demikian.
"Ini termasuklah pejabat tanah, pesuruhjaya sumpah, pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan pelbagai pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan lain," kata Presiden Badan Peguam Malaysia Salim Bashir dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata Badan Peguam mengakui sejak penularan COVID-19, profesion perundangan tidak boleh menjalankan operasi seperti kebiasaan seperti yang dilakukan sebelum pandemik ini.
"Sehubungan itu, kami menerima untuk menjalin kerjasama dengan kerajaan bagi menghasilkan prosedur operasi standard (SOP) yang akan menggabungkan keperluan dan garis panduan daripada Kementerian Kesihatan (MoH) secara praktikal dan cekap kos.
"Oleh itu, Badan Peguam telah menghubungi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan pihak berkuasa lain yang berkaitan dalam usaha kami untuk membawa perkara ini ke hadapan.
"Kami sedar bahawa SOP dan garis panduan operasi sektor perundangan semasa tempoh PKP yang disediakan oleh MITI ini amat ketat dan ini telah menjejaskan kemampuan firma untuk memenuhi syarat dan membuat permohonan," katanya.
Menurutnya adalah penting bagi firma guaman dan pekerja mereka untuk terus bertahan dalam mengharungi cabaran COVID-19 dan lanjutan tempoh PKP sekiranya negara berharap pandemik ini akan pulih.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Badan Peguam Malaysia
#COVID-19
#firma guaman
#kontrak dan urus niaga
#koronavirus
#pemulihan hutang
#perintah kawalan pergerakan
#pesuruhjaya sumpah
#PKP
#Salim Bashir
#sektor hartanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan