awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Abu Bakar Hamzah angkat sumpah Menteri Besar Perlis yang baharu
13 individu ditahan insiden rusuhan bersenjata di restoran
Pengiktirafan Israel terhadap Somaliland langgar undang-undang antarabangsa - Presiden Somalia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Badan Peguam Malaysia gesa kerajaan segera tubuh IPCMC

Bernama
Bernama
05/08/2018
01:15 MYT
Badan Peguam Malaysia gesa kerajaan segera tubuh IPCMC
George Varughese (kanan) berkata penubuhan IPCMC dijanjikan oleh kerajaan yang memerintah dalam manifesto pilihan rayanya dengan menyatakan IPCMC akan ditubuhkan dalam penggal pertama pentadbiran baharu. - Gambar fail/BERNAMA
Badan Peguam Malaysia menggesa kerajaan menunaikan janjinya dan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) tanpa berlengah lagi.
Presidennya, George Varughese berkata penubuhan IPCMC dijanjikan oleh kerajaan yang memerintah dalam manifesto pilihan rayanya dengan menyatakan IPCMC akan ditubuhkan dalam penggal pertama pentadbiran baharu.
"Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yasin pada hari pertama menyandang jawatan pada Mei tahun ini juga menyatakan bahawa kerajaan kerajaan akan menubuhkan institusi berkenaan.
"Penubuhan IPCMC adalah salah satu daripada 125 cadangan yang dibuat oleh Suruhanjaya Diraja untuk Meningkatkan Pengurusan Operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam laporan yang dikeluarkan pada Mei 2005. Walaupun 13 tahun telah berlalu sejak IPCMC mula dicadangkan, ia masih relevan," kata beliau dalam satu kenyataan pada Sabtu.
IPCMC adalah badan pengawasan polis yang pertama kali dicadangkan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menambahbaik pasjukan polis pada 2005.
Badan ini akan berfungsi sebagai organisasi pengawasan bebas dan luaran untuk menyiasat aduan terhadap anggota polis.
George juga berkata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun baru-baru ini menyatakan bahawa PDRM tidak membantah terhadap penubuhan IPCMC dan telahpun mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk dipertimbangkan.
"Keterbukaanya kepada pengawasan luaran terhadap PDRM adalah perubahan signifikan dan penting daripada pendirian yang diambil oleh ketua polis negara terdahulu dan harus dipuji.
"Badan Peguam Malaysia menggesa pegawai PDRM supaya berani dan melahirkan sokongan dan kerjasama penuh kepada kerajaan bagi penubuhan IPCMC, untuk mengelakkan nama baik PDRM daripada terus tercemar oleh mereka yang melakukan salahlaku," kata beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Badan Peguam Malaysia
#George Varughese
#IPCMC
#Mohamad Fuzi Harun
#Muhyiddin Yasin
#PDRM
#polis
#suruhanjaya bebas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan