PUTRAJAYA: Badan penguatkuasaan perlu mengambil tindakan segera sekiranya mendapati wujud perlanggaran di pelbagai peringkat tanpa mengira kedudukan serta fahaman, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata usaha memperbetulkan kekhilafan umpamanya soal kewangan yang dirompak sentiasa mendapat tentangan luar biasa daripada pelbagai pihak.
"Ada guna kaum atas nama Melayu, ada guna Islam, dan terus tanpa menyiasat, tanpa mendengar laporan daripada penyiasat badan penguat kuasa dan terus sebut ini soal tindakan politik dan sebagainya
"Kita ambil tindakan terutama dari segi hukum berdasarkan fakta dan hukum... bukan untuk merekayasa," katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di sini hari ini.
Sebelum ini, Anwar menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan pimpinannya tidak mencampuri urusan badan siasatan dan penguatkuasaan termasuk dalam siasatan yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Bersatu.
Badan siasatan dan penguatkuasaan serta kehakiman kekal bebas untuk menjalankan siasatan masing-masing, kata Anwar.
Sementara itu, Anwar berkata semua pihak perlu bertekad melakukan perubahan demi membawa negara ke arah lebih baik meskipun menerima bantahan hebat daripada golongan mahakaya dan mahakuasa dengan gelaran tinggi.
"Kalau kita menolak, risiko besar kerana kita berdepan mahakaya dan mahakuasa dengan gelaran tinggi, Datuk Seri, Tan Sri, dan Tun.... kalau ada tekad membawa perubahan insya-Allah kita dapat lakukan," katanya.
Anwar berkata beliau tidak mahu negara sekali lagi terpalit dengan isu rasuah atau salah guna kuasa sebaliknya memfokus untuk mengamalkan tatakelola yang baik.
Beliau berkata barisan Jemaah Menteri dalam Kerajaan Perpaduan turut membuat ketetapan untuk tidak mengizinkan amalan dan budaya lampau diteruskan.
"Maka alasan untuk kita jalankan kerja lulus kontrak dan projek tidak tepati peraturan dari segi tatakelola baik adalah tidak terpakai lagi.
"Sekarang ini terserah kepada ketua pengarah, ketua bahagian, pimpinan kementerian untuk memastikan hal ini tidak berlaku di semua peringkat," katanya.
Ditanya adakah badan penasihat khas kepada Menteri Kewangan telah diberikan tugasan tertentu, Anwar berkata pengerusinya Tan Sri Mohd Hassan Marican akan mengumumkan tindakan yang akan dilaksanakan untuk memacu ekonomi negara.
"Mohd Hassan akan umumkan... saya telah bincang dengan dia semalam," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis itu.
Semalam, Anwar mengumumkan pelantikan Mohd Hassan yang merupakan Penasihat Petronas untuk mengetuai badan penasihat khas kepada Menteri Kewangan.
Anwar berkata kumpulan penasihat yang terdiri daripada golongan profesional serta pakar ekonomi bertanggungjawab bagi membantu menasihatinya selaku Menteri Kewangan.
Empat lagi anggota badan penasihat khas itu ialah Pengerusi Eksekutif FVSB Sdn Bhd Datuk Ahmad Fuad Md Ali, Profesor Ekonomi Universiti Sunway Prof Dr Yeah Kim Leng, Profesor Ekonomi Universiti Malaya Datuk Prof Ulung Dr Rajah Rasiah dan Pengerusi Sarawak Energy Bhd Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 08 2023
Anwar ketika hadir pada Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini. - Facebook Anwar Ibrahim
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Penguat kuasa MBPP guna kamera badan tingkat ketelusan, keselamatan
Inisiatif itu sebahagian daripada langkah MBPP untuk tingkatkan profesionalisme dan membina kepercayaan orang ramai terhadap pegawai mereka.
Tiga pegawai penguat kuasa antara ditahan reman terima rasuah
Lima individu termasuk tiga pegawai sebuah agensi penguat kuasa yang berkhidmat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditahan reman pada Jumaat.
Sindiket bawa masuk warga asing: 13 individu termasuk dua penguat kuasa ditahan
SPRM hari ini menahan 13 individu termasuk dua penguat kuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana disyaki terlibat dengan sindiket membawa masuk warga asing.
'Lembu', 'durian' antara kod sulit digunakan penguat kuasa tutup jejak sindiket
Kod 'lembu' merujuk kepada pembayaran wang rasuah yang diterima daripada sindiket manakala 'durian' adalah upah kepada pegawai penguat kuasa.
RM2.5 juta elaun kerja 'overtime' diperuntukkan kepada penguat kuasa JPJ
Kementerian Pengangkutan memperuntukkan RM2.5 juta untuk elaun kerja tambahan masa kepada lebih 2,000 anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara tahun ini.
Pasport 'terbang': SPRM Sabah tahan tiga penguat kuasa
Sindiket yang dipercayai bergerak aktif sejak tahun lepas itu disyaki memberikan rasuah kira-kira RM300,000 kepada penguat kuasa terbabit.
SPRM tahan penguat kuasa lindungi kegiatan pelacuran di ibu negara
Menerima imbuhan dan bersekongkol dengan sindiket pelacuran, beberapa anggota penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.
Dua pegawai penguat kuasa direman empat hari
Dua pegawai penguat kuasa sebuah badan beruniform direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah lebih RM23,000.
SPRM tahan sembilan anggota penguat kuasa dipercayai minta, terima rasuah
Kesemua 11 suspek itu ditahan antara jam 10 pagi hingga 12 tengah hari Isnin ketika diminta hadir memberi keterangan.
SPRM tahan 2 individu termasuk penguat kuasa terima suapan lebih RM100,000
SPRM menahan dua lelaki disyaki menerima rasuah kira-kira RM105,000 bagi tujuan mendapatkan surat jaminan kemasukan warga asing ke Malaysia untuk bekerja sebagai pelaut.