KUALA LUMPUR: Bermula dengan minat menghasilkan kraf belon pelbagai bentuk yang dipelajari menerusi video tutorial di YouTube, hobi tersebut akhirnya membawa remaja ini ke dalam bidang penghibur jalanan badut seawal usia 11 tahun pada 2019.
Muhammad Rafiuddin Naufal Mohd Nazron, 14, kemudiannya mengembangkan bakat itu dengan menyertai kelas kemahiran dan latihan secara formal yang dikendali penghibur jalanan lebih senior bagi mengasah kemahiran tersebut.
"Menerusi kelas itu saya dapat mengenali lebih ramai badut berpengalaman dan kemudian dapat menyertai Persatuan Seniman Badut Malaysia yang memberi laluan lebih mudah untuk mendapat tawaran persembahan," katanya kepada Bernama.
Sering ditemani bapanya Mohd Nazron Wahih, 44, setiap kali melakukan persembahan, badut remaja yang selesa dipanggil Opal De Clown ini juga tidak kekok bergerak sebaris dengan badut lebih senior dan jauh jarak usia bagi menghiburkan orang ramai terutama kanak-kanak.
Ketika remaja seusianya yang lain meminati muzik dan permainan, Muhammad Rafiuddin Naufal pula selesa dengan aktiviti yang lebih sinonim dengan minat kanak-kanak dan menjadi kepuasan baginya apabila berjaya mengukir senyuman orang ramai.
"Penat lelah berbaloi bila melihat orang tersenyum melihat aksi saya. Apabila mereka gembira saya juga gembira.
"Antara kenangan manis yang tak dapat dilupakan adalah ketika menghiburkan penonton OKU (orang kurang upaya) di sebuah kedai makan, mereka sanggup tunggu dan cari saya semula selepas persembahan berakhir untuk bergambar kerana terlalu teruja," katanya.
Bagaimanapun, bukan semua audiens menyukai karakter tersebut malah ada yang lari kerana merasakan penghibur berkenaan merupakan sesuatu yang menakutkan.
"Ada yang sampai menangis tetapi situasi itu tidak berlarutan, saya akan cuba mengatasinya dengan pelbagai aksi jenaka dan menari, dan selalunya bila diberi belon mereka akan terus bertukar suka dan teruja," katanya yang dulunya berpersonaliti pendiam.
Masih menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, anak sulung tiga beradik itu sering membuat persembahan jalanan pada hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah agar tidak mengganggu pelajaran.
Muhammad Rafiuddin Naufal berkata selain membuat persembahan secara rawak dan menyertai acara seperti karnival, beliau juga sering menerima jemputan untuk menyerikan majlis hari lahir, perkahwinan, konvokesyen selain permintaan untuk membuat kejutan untuk orang tersayang.
Katanya, beliau akan menghabiskan masa sekitar empat jam sehari tiga kali seminggu bagi melaksanakan aktiviti tersebut dan mampu menjana pendapatan sampingan lebih empat angka sebulan.
Ditanya perancangan masa depan, anak jati Selangor itu berhasrat menjadi guru pendidikan seni memandangkan bidang tersebut berada dekat di hati selain minat untuk bergelar pendidik.
"Tapi saya akan teruskan juga membuat persembahan sebagai badut bagi menghiburkan orang ramai kalau tidak secara sepenuh masa, secara separuh masa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 11 2022
Muhammad Rafiuddin Naufal selesa dengan aktiviti yang lebih sinonim dengan minat kanak-kanak dan menjadi kepuasan baginya apabila berjaya mengukir senyuman orang ramai. - Foto Facebook/Opal De' Clown
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Selepas pawagam, kini sarkas pula dipersembahkan secara pandu masuk
Pengunjung yang hadir amat berpuas hati dengan persembahan dan garis panduan yang ditetapkan pihak sarkas.
Badut ketawa menghilai ketika bunuh wanita depan tiga anak
Mangsa memutuskan hubungan mereka beberapa hari sebelum kejadian kerana anak kepada wanita bekenaan tidak gemarkan badut itu.