awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bagai dilahir semula, Nadeera enggan sia-siakan perjalanan baharu

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
25/08/2023
08:16 MYT
Bagai dilahir semula, Nadeera enggan sia-siakan perjalanan baharu
Nadeera menyatakan bahawa kemenangannya di Big Stage merupakan satu kemenangan yang bermakna dan mengambil ia sebagai satu perjalanan yang baharu dalam karier seninya. - Foto Woodwind Records
KUALA LUMPUR: Selepas dinobatkan sebagai juara program realiti Big Stage 2023, penyanyi, penyanyi Nadeera enggan lagi leka sehingga membuatkan namanya kembali ‘suam’.
Tidak mahu membuang masa, Nadeera atau pemilik nama penuh Farah Nadeera Zaini, 30, itu terus hadir dengan karya baharu berjudul Emas yang lari daripada kebiasaan single terdahulunya yang lebih bertemakan cinta.
Akui perjalanan single Emas ini agak berliku kerana anak kelahiran Johor ini mahu sesuatu yang berbeza dan meninggalkan impak bermakna untuk peminat yang menantikan karya terbaharu daripadanya.
“Perjalanan single Emas agak berliku. Saya dan pihak pengurusan mencari naskhah yang sesuai selepas tamatnya Big Stage dan perjalanannya tidak mudah. Saya mahukan sesuatu yang berbeza.
“Selepas duduk berbincang dan berdiskusi mencari material yang sesuai, kami bersepakat untuk menjadikan Emas sebagai single perdana pasca kejuaraan Big Stage. Ia bercerita mengenai semangat dan kebangkitan, sesuai dengan perjalanan baharu saya selepas memenangi pertandingan terbabit.
“Saya enggan leka dan tak mahu nama kembali ‘suam’, jadi saya mencari sesuatu seperti Emas untuk diketengahkan,” katanya.
Nadeera juga menyatakan bahawa kemenangannya di Big Stage merupakan satu kemenangan yang bermakna dan mengambil ia sebagai satu perjalanan yang baharu dalam karier seninya.
BACA: Big Stage 2023: Ini kemenangan paling bermakna - Nadeera Zaini
BACA: Big Stage 2023: Menang bergaya, Nadeera Zaini dinobat juara musim kelima
Sehubungan dengan itu, Nadeera dan pihak pengurusan, Woodwind Records bersetuju untuk memulakan perjalanan karier Nadeera dengan melakukan penjenamaan semula.
Jika dahulu ramai yang mungkin kenal dengan nama Nadeera Zaini atau Farah Nadeera, kali ini penyanyi genit berbakat besar ini hanya mahu membawa nama Nadeera sahaja.
“Jadi, keputusan kami adalah untuk membawa nama Nadeera sahaja kerana percaya nama itu boleh memberi nafas baharu terhadap kerjaya seni saya. Saya berharap penjenamaan semula membawa tuah dalam bidang seni.
“Saya juga mempunyai perancangan jangka masa panjang untuk melebarkan sayap sekitar nusantara serta ke peringkat antarabangsa, jadi penjenamaan ini tepat sebagai ‘kelahiran’ semula Nadeera,” ujarnya lagi.
Lagu Emas mendapat khidmat Omar K, Iqie Hugh dan Firdaus Rahmat selaku komposer dan penulis lirik juga bersama penyanyi Datin Alyah.
Emas sudah boleh distrim di semua platform penstriman muzik.
Topic Berkaitan
#emas
#Nadeera Zaini
#Juara Big Stage 2023
#single baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan