Penekanan berterusan diberikan kepada bidang pendidikan di Bagan Datoh dalam usaha menjadikan daerah kecil itu satu daripada hab pendidikan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Justeru itu, katanya pelbagai perancangan dan usaha giat dilakukan untuk merealisasikan matlamat itu setelah ia mendapat persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kita mahu komitmen ini, yang Perdana Menteri setuju supaya dimartabatkan Bagan Datoh sebagai tempat punca kemakmuran, dapat direalisasikan.
"Untuk kita berada dalam mobiliti sosial secara vertikal, tiada jalan lain melainkan pendekatan akademik," katanya semasa merasmikan penutupan program Libatsama Komuniti Berfokus (PeACE) 2016 di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh di sini, Ahad.
Turut hadir Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Datuk Dr Wahid Omar dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak Datuk Shahrul Zaman Yahya.
PeACE 2016 bertujuan membantu kerajaan melaksanakan transformasi komuniti luar bandar selaras dengan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di bawah Projek Transformasi Luar Bandar.
Program usahasama itu dijayakan dengan penglibatan 300 mahasiswa dari UTM, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Seri Iskandar dan Universiti Teknologi Petronas serta sebuah Kolej Komuniti di Perak.
Ahmad Zahid berkata bagi mencapai matlamat itu, sebuah politeknik dan Maktab Rendah Sains Mara selain lebuh raya yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Bagan Datoh sedang dibina di Bagan Datoh.
Sementara itu, Wahid berkata PeACE 2016 terbahagi kepada dua fasa dengan fasa pertama dimulakan dari 3 hingga 9 April dengan berkonsepkan ukhwah, kesukarelaan dan khidmat sosial antara mahasiswa dan komuniti.
Fasa dua bermula dari 23 April hingga 30 Okt yang melibatkan tiga Projek Berimpak Tinggi iaitu Pertanian Fertigasi, Teknologi Fibreglass dan Pembangunan Platform e-Niaga Berpusat.
"Ketiga-tiga projek ini dilaksanakan sebagai projek penyelidikan jangka pendek di bawah geran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).
"Ia dijangka dapat membantu dalam membangunkan Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di Bagan Datoh selain membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada komuniti setempat," katanya.
Bernama
Sun Apr 10 2016
AHMAD ZAHID: Untuk kita berada dalam mobiliti sosial secara vertikal, tiada jalan lain melainkan pendekatan akademik. - Gambar fail
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Kes VLN: 'Saya bersyukur, terima kasih kepada Allah' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan.
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
MARA berjaya turunkan peratusan pinjaman tidak berbayar - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata antara langkah diambil termasuk tindakan undang-undang dan penyitaan aset peminjam.
Kerajaan tiada hasrat perkenal TVET kepada lepasan Darjah 6 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi lepasan darjah enam perlu penelitian sebaiknya.
Industri rel tawar kira-kira 25,000 peluang pekerjaan kepada lepasan TVET
Ahmad Zahid menggalakkan lebih ramai pelajar Maahad Tahfiz untuk menyertai bidang TVET termasuk memenuhi keperluan teknikal industri rel.
BSN raikan 50 tahun komitmen keterangkuman kewangan negara
Bank Simpanan Nasional (BSN) meraikan ulang tahun ke-50 dengan sambutan bersejarah yang dihadiri lebih 1,000 tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat, melambangkan semangat keterangkuman.
Banjir: Pembinaan Pusat Pemindahan Kekal bantu kelancaran operasi persekolahan
Kerajaan sedang merangka langkah untuk menyediakan Pusat Pemindahan Kekal (PPK) di setiap negeri bagi mengurangkan pergantungan kepada pusat pemindahan sementara (PPS) di sekolah.
Cadangan kembalikan nama SJKC Tun Omar Ong Yoke Lin ke Kabinet - TPM
Katanya, cadangan tersebut tidak membabitkan isu soal perkauman tetapi kerana itu adalah nama sekolah berkenaan yang diluluskan pada 2017.