NATIONAL
Bahagian pasaran sektor sarung getah di AS dijangka naik 55 peratus - Tengku Zafrul

Tengku Zafrul (foto) berkata pengeluar sarung tangan getah daripada negara pesaing seperti China dikenakan tarif yang lebih tinggi sekali gus memberi kelebihan kepada Malaysia untuk mengembangkan eksport sarung tangan getah ke AS. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Bahagian pasaran sektor sarung tangan getah Malaysia di pasaran Amerika Syarikat (AS) dijangka meningkat kepada 55 peratus meskipun berdepan kenaikan tarif sebanyak 10 peratus serta tarif timbal balas yang dikenakan oleh negara itu ke atas Malaysia.
Ringkasan AI
- Bahagian pasaran sektor sarung tangan getah Malaysia di AS dijangka meningkat kepada 55 peratus meskipun berdepan kenaikan tarif sebanyak 10 peratus serta tarif timbal balas.
- Pengeluar sarung tangan getah daripada negara pesaing seperti China dikenakan tarif yang lebih tinggi, memberi kelebihan kepada Malaysia untuk mengembangkan eksport ke AS.
- Saiz pasaran sarung tangan getah AS menjelang 2030 diunjurkan berjumlah US$4.17 bilion, dengan potensi bahagian pasaran sehingga 55 peratus.
"Ini dijangkakan boleh meningkat sehingga 55 peratus berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh industri kepada kita," katanya pada sesi taklimat Kad Laporan Prestasi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) suku pertama 2025 di sini hari ini.
Laporan berkenaan menunjukkan saiz pasaran sarung tangan getah AS menjelang 2030 diunjurkan berjumlah AS$4.17 bilion, dengan potensi bahagian pasaran sehingga 55 peratus.
Produk getah adalah antara lima produk teratas yang dieksport Malaysia ke AS berjumlah RM7.41 bilion (3.7 peratus).
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami