awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua anggota penguat kuasa MBPP cedera belon dirampas meletup
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Baharuddin dahului senarai penerima Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis

Bernama
Bernama
12/01/2023
05:39 MYT
Baharuddin dahului senarai penerima Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan Darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) kepada Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Baharuddin Ahmad pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis (DKPP) 2022 hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan Darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) kepada Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Baharuddin Ahmad.
Beliau mendahului senarai 250 penerima pingat pada sesi kedua Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis (DKPP) 2022 yang berlangsung di Istana Negara.
Sesi pertama istiadat berkenaan diadakan pada Selasa lepas.
Seri Paduka turut berkenan mengurniakan darjah PGPP kepada Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Datuk Aidi Ismail dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah, pada istiadat hari ini.
Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Pada istiadat itu, Al-Sultan Abdullah berkenan mengurniakan Darjah Panglima Setia Pasukan Polis kepada 46 penerima, Darjah Pahlawan Pasukan Polis (59 penerima), Darjah Kesatria Pasukan Polis (lima penerima) dan Darjah Kebesaran Bentara Pasukan Polis (137 penerima).
Antara yang turut hadir, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Kepahlawanan Pasukan Polis
#Baharuddin Ahmad
#Ketua Polis Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan