Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan isu kilang memproses nadir bumi, Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) perlu dibahaskan secara saintifik dan bukannya politik.
Ahli Parlimen Marang itu berkata pandangan pakar saintis juga perlu didengari dan diperhalusi dalam menangani isu terbabit.
Menurut Abdul Hadi pihaknya telah mendengar hujah awal berkait isu itu dan kerajaan juga perlu mendengar hujah saintifik tersebut.
“Tapi banyak (pihak) nak tangani secara politik.. atas sebab itu kita kena dengar pandangan pakar dan saintis, bukan dengar cakap ahli politik yang tunjuk pandai.
“Ahli politik bidang kewangan dia tidak boleh cakap mengenai Lynas. Tentang ekonomi Lynas dia boleh caka lah. Tentang bahan-bahan (kimia) kena saintis cakap,” ujar beliau.
Beliau berkatam, kerajaan juga perlu memberi syarat yang ketat supaya tidak berlaku pencemaran sungai, tanah dan laut.
Sebelum ini bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) yang menentang operasi Lynas di Kuantan untuk meletak jawatan.
Ia susulan tindakan beberapa pemimpin Pakatan Harapan termasuk Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dilihat seperti tidak beretika ketika lantang membantah projek tersebut.
Astro Awani
Fri Aug 23 2019
ABDUL HADI: Pandangan pakar saintis juga perlu didengari dan diperhalusi dalam menangani isu terbabit.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
Pas kutuk serangan Israel ke atas Pejabat Kaunselor Iran di Syria
Sewajarnya dunia Islam mengutuk Israel yang bukan sahaja dalang di sebalik serangan ini, malah sedang melakukan jenayah perang di Gaza, kata Abdul Hadi.
Pas harap Prabowo buka dimensi baharu hubungan Malaysia-Indonesia
Abdul Hadi berkata, pihaknya berharap hubungan antara Malaysia dan Indonesia akan menjadi lebih baik dan harmoni di bawah pentadbiran Prabowo.
Umat Islam tidak bersatu angkara penjajah - Abdul Hadi
Penjajahan tersebut berjaya memecahbelahkan perkauman pada generasi kini, tegas Abdul Hadi.
Kertas siasatan Hadi Awang telah dihantar kepada AGC - KPN
PDRM mengesahkan kertas siasatan membabitkan kenyataan Abdul Hadi bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' telah dihantar kepada AGC.
Isu pencen: 'Ucapan Abdul Hadi tidak tepat, kelirukan orang ramai' - Nik Nazmi
Ucapan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan isu pencen penjawat awam mengelirukan orang ramai, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad.
'Kerajaan ibarat burung tiung, burung kakak tua' - Hadi Awang
Ahli Parlimen Marang itu turut melabel pemimpin di bawah kerajaan sebagai burung kakak tua dan menurutnya, walaupun tua tetapi tidak tahu bercakap.
Abdul Hadi Awang beri kerjasama, polis ambil masa sejam rakam keterangan - Setiausaha Politik
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis yang mengambil keterangan di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut.
Polis rakam percakapan Abdul Hadi esok - KPN
Pegawai khas Abdul Hadi sudah memaklumkan keadaan kesihatan Ahli Parlimen Marang itu kepada polis dan menetapkan keterangan diambil esok.
Tahap kesihatan Abdul Hadi bertambah baik - Setiausaha Politik
Tahap kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang semakin baik dan beliau dapat meneruskan rutin mingguan menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila,pada Jumaat.
Jangan guna agama capai hasrat politik - Zahid
Ahmad Zahid berkata nasihat itu bukan ditujukan kepada individu dan pemimpin parti politik sahaja, sebaliknya juga kepada pemimpin dalam UMNO.