awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bahaya baiki kenderaan di lorong kecemasan lebuh raya - MIROS

Bernama
Bernama
23/12/2021
20:11 MYT
Bahaya baiki kenderaan di lorong kecemasan lebuh raya - MIROS
Suret berkata kenderaan yang rosak perlu dipasangkan lampu kecemasan dan pemandu disarankan meletakkan 'segitiga pantul cahaya' atau kon keselamatan kira-kira 30 meter di belakang kenderaan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pengguna lebuh raya disaran agar tidak cuba membaiki kenderaan yang rosak di lorong kecemasan sebaliknya menghubungi talian kecemasan 999 atau pengendali lebuh raya bagi mendapatkan bantuan.
Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) Datuk Suret Singh berkata cubaan membaiki kenderaan ataupun menukar tayar pada lorong kecemasan di lebuh raya adalah amat berbahaya.
"Semua pengendali lebuh raya mempunyai pasukan peronda dan penyelamat, jadi hubungilah mereka untuk mendapatkan bantuan serta mengelakkan kehilangan nyawa. Jika tiada dalam simpanan telefon, nombor pengendali lebuh raya boleh diperoleh melalui carian Google.
"Biasanya pasukan peronda lebuh raya akan tiba secepat mungkin dan menunda kenderaan yang rosak ke kawasan rehat berhampiran selain semua penumpang juga perlu keluar dari kenderaan dan berkumpul di luar penghadang jalan," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau menasihatkan pengguna lebuh raya agar mengambil iktibar daripada peristiwa kehilangan 10 nyawa di Lebuhraya Elite, pada 18 Dis lepas.
Mangsa yang meninggal dunia membabitkan sembilan sekeluarga iaitu ibu serta lapan anaknya dan seorang lelaki yang juga mekanik.
Treler itu dipercayai merempuh tiga kereta yang berhenti di lorong kecemasan kerana satu daripada kenderaan itu mengalami kerosakan.
Suret berkata kenderaan yang rosak juga perlu dipasangkan lampu kecemasan dan pemandu disarankan meletakkan 'segitiga pantul cahaya' atau kon keselamatan kira-kira 30 meter di belakang kenderaan selain menggunakan lampu suluh bagi tujuan tersebut.
"Ini bagi membolehkan pemandu lain dapat melihat kenderaan rosak yang diletakkan di lorong kecemasan," katanya.
Beliau turut mencadangkan agar pengguna lebuh raya dapat menyimpan baju pantul cahaya untuk digunakan pada waktu malam jika berlaku kerosakan.
"Eloklah jika dapat menyimpan baju tersebut di dalam kenderaan untuk tujuan kecemasan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#baiki kenderaan
#lorong kecemasan
#MIROS
#Suret Singh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan