Walaupun banyak resipi yang boleh dicuba, tetapi ingat ya! Jangan tambahkan garam atau gula dalam makanan bayi.
Tapi kenapa? Ikuti perkongsian ini
KITA MUNGKIN TAK RASA TAPI BAYI AKAN RASA
Tidak boleh bagi gula atau garam sehingga usia 1 tahun?
"Bubur ini tidak sedap, patutlah anak tidak mahu makan, cuba tambah garam sedikit"
"Letak sos sedikit sahaja, bagi sesedap rasa"
Jangan gerak tangan anda, jangan letak garam dalam masakan untuk bayi bawah 1 tahun. Kalau boleh bawah 2 tahun, lagi bagus.
"Kesian anak puan, makanan tidak sedap, dia cuma makan satu atau dua sudu sahaja"
Tidak, anda mungkin tidak rasa, tetapi bayi sudah rasa macam-macam.
Selama 6 bulan, bayi hanya merasa susu ibu atau susu bayi sahaja.
Sekarang para ibu hendak memperkenalkan makanan baharu.
Semua makanan yang para ibu memperkenalkan adalah sesuatu yang baharu dan pelik kepada anak-anak kerana tekstur, bau dan rasa adalah lain daripada susu ibu dan ini semestinya akan ada tindak balas daripada bayi.
Mungkin bayi suka, ada yang menolak.. Ada membuat muka pelik tetapi makan juga.
Ada selepas bagi dua atau tiga kali baru boleh menerima.
Ini ikut kepada personalti anak masing-masing. Tetapi ia bukan sebab mahu tambahkan perasa, garam atau gula kepada makanan bayi.
Pada usia 6 hingga 12 bulan, fokus kita bukan untuk memberi anak makan makanan sedap tetapi:
- Kenalkan makanan selain susu
- Kenalkan tekstur makanan selain susu
- Mengenalpasti alahan
- Tambah zat kerana keperluan bayi sudah semakin meningkat dan susu sahaja tidak mencukupi
3 sebab utama gula dan garam tidak boleh diletakkan
1. BUAH PINGGANG BAYI TAK CUKUP MATANG
Bukan seperti golongan dewasa, masih ada organ bayi yang sedang dalam proses matang antaranya buah pinggang.
Jika ambil sodium (garam) atau glucose/sucrose (gula) berlebihan, buah pinggang dewasa mampu untuk bersihkan yang lebihan daripada darah.
Tetapi bayi tidak mampu lagi, yang berlebihan walaupun sikit, cukup untuk membuat buah pinggang bekerja berlebihan dan cepat rosak.
2. DERIA RASA BAYI 100 KALI GANDA LEBIH SENSITIF DARIPADA DEWASA
Deria rasa bayi banyak yang baharu dan sesitif, bukan seperti lidah kita. Deria di lidah dewasa mungkin banyak sudah rosak akibat faktor luaran contoh merokok, merasa makanan panas dan lain -ain.
Walaupun kita tidak meletakkan perasa, bayi sudah dapat merasa perisa semulajadi daripada makanan yang para ibu sediakan. Tidak perlu tambah apa-apa lagi. Sudah ada garam dan gula semulajadi dalam makanan, tidak perlu tambah lagi.
3. MENDORONG BAYI MENJADI MEMILIH
Kalau pada peringkat awal para ibu sudah memperkenalkan makanan yang ‘sedap’ akibat penambahan perisa, mahukah anak makan makanan tanpa pertambahan perasa?
Ini yang menjadikan anak-anda tolak makanan yang berrasa ‘tawar’ dan tiada tambah perisa kerana sudah merasa makanan yang sedap dan ditambah perisa.
Biar mereka kenal makanan semulajadi pada peringkat awal.
Banyak lagi sebab seperti karies gigi, sembelit, sakit perut akibat daripada penambahan perasa tetapi saya menceritakan yang tiga utama dahulu.
Sekian
Kredit: Nur Hafizah M Sobri (Dietitian Fizah Sobri)
* Artikel asal disiarkan di Pa & Ma.