MAKKAH: Pesanan buat anak muda yang banyak berhabis duit untuk motosikal mereka, ubahlah tabiat itu dan mulalah menyimpan wang di Tabung Haji (TH).
Legenda lumba motosikal negara, Wazi Abdul Hamid, 52, berkata, dengan simpanan bermula RM1,300, anak muda sudah boleh mendaftar untuk menunaikan haji.
"Daripada beli rim motor RM2,000 hingga RM3,000 lebih baik simpan di TH. Daftar haji pun RM1,300 sama macam harga helmet...daftar dulu simpan sikit-sikit, Insya-Allah cukup nanti dapat panggilan haji," katanya kepada media Malaysia dalam sidang media di sini.
Wazi yang hadir sebagai jemaah haji pada tahun ini berkata, beliau cemburu apabila melihat jemaah haji muda dari negara lain yang sudah menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
"Saya tertanya-tanya kenapa anak-anak muda ini boleh tinggalkan keseronokan dan utamakan dulu untuk datang ke sini tunai haji,"katanya.
Oleh itu beliau mencadangkan supaya TH memperbanyakkan program yang dapat mendekatkan diri anak muda dengan institusi itu.
"Orang muda nampak imej TH ini macam untuk orang tua, jadi mungkin boleh meremajakannya melalui pelbagai program yang menarik minat orang muda," katanya.
Beliau yang kini aktif dalam kempen keselamatan jalan raya berkata, anak muda ketika ini memerlukan bimbingan dan panduan supaya mereka dapat menjadi individu yang mempunyai hala tuju jelas.
"Anak muda dalam proses untuk matang mereka akan tercari-cari tempat yang betul, jadi kita kena bagi mereka ruang dan bawa mereka ke laluan yang tepat.
"Saya dulu setahun saja bergelumang dengan geng motor yang tiada arah kemudian Alhamdulilah pada umur 19 tahun dah boleh masuk cub prix dan menjadi pelumba profesional," katanya.
Mengulas mengenai kehadirannya ke Tanah Suci ini, Wazi berkata beliau menjadi pengiring kepada ayah mertuanya dan bertanggungjawab menguruskan kebajikan warga emas berusia 80 tahun itu.
"Walaupun agak sibuk dengan kalendar perlumbaan Wazimotor, saya tetap datang ke sini kerana undangan untuk menjadi tetamu Allah tidak wajar ditolak.
"Hadir bantu ayah mertua untuk beribadah dan pada masa sama dapat tunai haji adalah nikmat berganda bagi saya," katanya.
Sementara itu, seorang pemuda berusia 18 tahun yang tiba di Tanah Suci untuk menunaikan haji tidak berasa bimbang datang secara solo tanpa diiringi ibu bapa.
Muhammad Haqim Mohd Farid, anak tunggal dari Seremban, Negeri Sembilan tidak mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri di sini kerana mudah mesra dengan petugas haji dan jemaah lain.
"Saya suka tolong jemaah lain, saya pernah bawa jemaah yang tersasar naik teksi pulang ke penginapan mereka," katanya yang turut menjadi Sahabat Maktab Hujjaj.
Katanya, hadir pada usia muda ke Makkah dan Madinah lebih menyeronokkan kerana urusan ibadah lebih mudah serta dapat membantu jemaah lain yang memerlukan.
Nasihatnya kepada rakan sebaya yang lain, pasang niat untuk tunai haji dan Insya-Allah akan dipermudahkan laluan ke Tanah Suci. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jun 18 2023
Kiri: Wazi banyak menggondol kejuaraan dalam perlumbaan motor cub prix. Kanan: Wazi (kanan) bersama rakannya di hadapan hotel penginapan di Makkah. - Foto Sinar Harian
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kerajaan tidak benarkan pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP untuk tunai haji
Ahli masih boleh mengeluarkan wang mereka dari KWSP melalui Akaun 2 dan Akaun 3 atau Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Raya Aidiladha
Baginda turut menzahirkan harapan agar umat Islam sentiasa mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah SWT serta melaksanakan ibadah korban demi membantu golongan miskin.
Penghayatan dan amalan haji mengajar mesej kesederhanaan - PM Anwar
Ibadah haji yang disambut mengajar sifat tawaduk dan tidak terpukau dengan tarikan kemewahan dunia yang sementara, kata Perdana Menteri.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Khutbah Arafah akan diterjemah dalam 50 bahasa, lebih 1 bilion mengikutinya
Projek penterjemahaan khutbah Arafah ini dimulakan pada tahun 2018 di mana ketika itu hanya lima bahasa sahaja yang ditawarkan.
Arab Saudi undang 1,000 lagi warga Palestin tunai haji
Ia dianjur di bawah titah Raja Salman Abdulaziz Al Saud sebagai sebahagian daripada Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci untuk Haji, Umrah dan Ziarah.
Hari Wukuf di Arafah jatuh pada 15 Jun ini
Mahkamah Agung Arab Saudi umum Jumaat, 7 Jun menandakan hari pertama Zulhijjah susulan terlihatnya anak bulan di negara itu.
Rakyat Malaysia digesa patuhi peraturan visa haji - Konsulat Jeneral
Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah mengingatkan semua rakyat Malaysia yang berhasrat menunaikan ibadah haji pada tahun ini agar memastikan mereka memiliki visa atau permit haji yang sah.
Kumpulan pertama 282 jemaah haji tiba di Mekah
Tujuh buah bas yang membawa jemaah dari kumpulan KT01 itu tiba jam 5.30 petang waktu tempatan di Hotel Abraj Al Janadiriyah, Mekah.