Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2015 yang memberi fokus kepada usaha meringankan beban rakyat berdepan dengan cabaran kenaikan kos sara hidup seiring dengan usaha memajukan ekonomi negara.

Bertemakan Sebuah Bajet: Ekonomi Keperluan Rakyat di Dewan Rakyat Jumaat lalu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pendekatan kali ini menitikberatkan keseimbangan antara ekonomi modal dan ekonomi rakyat.

1. Najib meluangkan masa meninjau operasi persiapan terakhir pembentangan Bajet 2015 di Kementerian Kewangan pada Khamis. Beliau ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor di bangunan Kementerian Kewangan disambut pegawai dan petugas kementerian yang terlibat dalam penyediaan belanjawan itu.

Bajet 2015
Najib ketika membuat tinjauan terakhir Bajet 2015 di Kementerian Kewangan pada Khamis. - Foto Bernama
2. Perdana Menteri tiba di perkarangan Parlimen untuk pembentangan Sebuah Bajet: Ekonomi Keperluan Rakyat yang berlangsung di Dewan Rakyat pada petang Jumaat.

Najib Parlimen
Najib Razak tiba di bangunan Parlimen untuk pembentangan Bajet 2015 - Foto Bernama
3. Najib memulakan ucapan Bajet 2015 pada kira-kira jam 4 petang. Bajet 2015 Bajet 2015 pelengkap kepada Rancangan Malaysia Ke-10; Rancangan Malaysia Ke-11 akan dilancarkan pada Mei 2015. Satu pendekatan baharu dikenali sebagai Strategi Pembangunan Nasional Malaysia (MyNDS) sedang digariskan.

Najib bentang
Najib dan menteri Kabinet Malaysia ketika pembentangan Bajet 2015 yang berlangsung di Dewan Rakyat pada Jumaat. - Foto Bernama
4. Sebanyak RM273.9 bilion diperuntukkan dalam Bajet 2015 yang meliputi RM223.4 bilion bagi perbelanjaan mengurus dana RM50.5 bilion bagi perbelanjaan pembangunan. Dalam pembentangan tersebut, Najib memecahkan pembentangannya berteraskan tujuh strategi utama.

Bajet 2015
Najib memecahkan pembentangannya berdasarkan tujuh strategi utama - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

5. Pengukuhan Pertumbuhan Ekonomi. Sasaran sumbangan 60 peratus kepada KDNK pada 2020 daripada 55 peratus pada 2013 untuk sektor perkhidmatan.

Bajet 2015
Ekonomi rakyat berpendapatan rendah menjadi tumpuan dalam bajet kali ini - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
6. Memperkukuhkan pasaran Kewangan Islam dengan memperkenalkan platform akaun pelaburan (IAP) berjumlah RM150 juta.

Bajet 2015
Memperkenalkan IAP dalam kewangan Islam - Foto Bernama

7. Menggalakkan industri perkapalan tempatan.Perlindungan liabiliti pihak ketiga kepada pemilik kapal muatan kasar 300 tan ke bawah di Malaysia pada kadar premium yang berpatutan.

Bajet 2015
Perlindungan liabiliti pihak ketiga kepada pemilik kapal muatan kasar 300-tan ke bawah di Malaysia pada kadar premium yang berpatutan. - Foto Bernama
8. Galakan pengurusan kawasan perindustrian. Merancak pelaburan awam dan swasta dengan pembinaaan projek infrastruktur termasuk lebuh raya, menaik taraf landasan keretapi dan pembangunan industri kenderaan elektrik di Malaysia.

Bajet 2015
Menaiktaraf dan membina lebuhraya baru yang menghubungkan beberapa buah bandar di Sabah dan Sarawak. Foto Bernama

9. Merancakkan industri kreatif, pelancongan dan membangunkan perusahaan kecil dan sederhana (SMEs) dan pembangunan inovasi dan pengkomersilan.

SMEs Bajet 2015
Perusahaan kecil dan sederhana (SMEs). Foto Astro AWANI/Shahir Omar
10. Melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), pelepasan GST ke atas penjualan runcit minyak petrol RON95, diesel dan LPG, penstrukturan semula cukai pendapatan individu bagi tahun taksiran 2015 dan syarikat, syarikat kecil dan sederhana serta kadar cukai koperasi.

Bajet 2015
Pelepasan GST ke patas penjualan runcit minyak petrol RON95, diesel dan LPG - Foto Bernama

11. Mengupaya modal insan dan keusahawanan. Memantapkan profesion perguruan dan prestasi sekolah dengan RM250 juta untuk bimbingan kepada pengetua, guru besar dan guru.

Bajet 2015
Mengupaya modal insan - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
12. Pembangunan dan kebajikan nelayan sejumlah RM313 juta. Menaikkan elaun sara hidup nelayan, Zon A (RM300), Zon B dan Zon C (RM250). Projek Khas Perumahan nelayan bagi membaik pulih dan membina rumah nelayan sejumlah RM250 juta.

Bajet 2015
Pembangunan dan kebajikan nelayan sejumlah RM313 juta. - Foto Bernama

13. Perkhidmatan Electric Train Service (ETS) di antara Ipoh-Butterworth bermula April 2015. Menambahbaik perkhidmatan bas berhenti-henti di Bandaraya Kuching, Ipoh, Seremban, Kuala Terengganu dan Kangar.

Bajet 2015
Penambahbaikan sistem pengangkutan elektrik juga menjadi salah satu intisari dalam Bajet 2015. - Foto Bernama

14. Bantuan kepada pekebun kecil getah sejumlah RM100 juta untuk mekanisme kawal selia harga dan pinjaman mudah kepada 64 buah koperasi pekebun kecil untuk membeli getah terus daripada pekebun kecil getah sejumlah RM6.4 juta.

Bajet 2015
Bantuan kepada pekebun kecil getah sejumlah RM100 juta untuk mekanisme kawal selia harga - Foto Bernama
15. Meningkatkan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat dengan membina dua buah hospital di Dungun dan Seri Iskandar. Membina 20 klinik kesihatan di Kuala Lipis, Pahang. Menambah 30 klinik 1Malaysia dan membina sebuah klinik kesihatan di Cyberjaya di 30 klinik 1Malaysia dan perkhidmatan hemodialisis.

Bajet 2015
Industri perubatan turut menjadi salah satu intisari penting dalam Bajet 2015. - Foto Bernama

16. Mensejahterakan rakyat: Bantuan kewangan kepada keluarga miskin, kanak-kanak, warga emas dan Orang Kurang Upaya atau OKU – RM1.2 bilion.

Bajet 2015
Bantuan sebanyak RM1.2 bilion turut diberikan kepada Orang Kurang Upaya (OKU). Foto Bernama

17. Menangani isu pemilikan rumah: Membina 80 ribu unit rumah PR1MA – RM1.3 bilion; Kenaikan had kelayakanpendapatan isi rumah daripada RM8 ribu kepada RM10 ribu; memperkenalkan Skim Pembiayaan Sewa-beli atau rent-to-own kepada individu yang tidak berupaya mendapat pembiayaan daripada bank.

PR1MA, Bajet 2015
Pembinaan 80 ribu unit rumah PR1MA antara intisari dalam Bajet 2015. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
18. Menaiktarafkan kemudahan dan infrastruktur luar bandar: Projek jalan luar bandar (635km) termasuk bekas jalan-jalan balak di Sabah –RM943 juta. Meningkatkan mutu perkhidmatan udara luar bandar di Sabah dan Sarawak melalui penyelenggaraan dan sewaan pesawat baru – RM160 juta.

Bajet 2015
Membaikpulih dan menaiktaraf infrastruktur di Sabah dan Sarawak. - Foto Bernama

19. Melestarikan Bekalan Air: Mengatasi masalah kehilangan air tidak berhasil atau Non Revenue Water – RM112 juta; mewujudkan zon kawalan kebocoran; menjalankan kerja pengesanan dan menjalankan pembaikan paip-paip bocor.

Bajet 2015
Mengatasi masalah kehilangan air tidak berhasil atau Non Revenue Water – RM112 juta. - Foto Fail

20. Kesejahteraan perkhidmatan awam: Penambahbaikan had kelayakan pinjaman perumahan; Had kelayakan minimum daripada kadar RM80 ribu kepada RM120 ribu. Had kelayakan maksimum daripada RM450 ribu kepada RM600 ribu. Wang pemprosesan permohonan pinjaman perumahan sebanyak RM100 dimansuhkan. Program penyelengaraan rumah penjawat awan; membaikpulih dan menyelenggara secara berperingkat kuarters tentera, polis, guru dan kakitangan kesihatan di seluruh Negara –RM500 juta.

Bajet 2015
Kelestarian perkhidmatan awam antara intisari utama dalam Bajet 2015. Foto Astro AWANI/Shahir Omar
21. 1Malaysia Youth City: Kerajaan juga berhasrat supaya satu ekosistem komprehensif yang disertai belia dapat disediakan untuk meningkatkan keupayaan dan memajukan diri dalam pekerjaan dan keusahawanan serta dapat menikmati kemudahan perumahan dan rekreasi. Untuk ini, kerajaan akan mewujudkan 1Malaysia Youth City dengan peruntukan 100 juta ringgit bagi membiayai tiga projek perintis di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Bajet 2015
Kerajaan akan mewujudkan 1Malaysia Youth City dengan peruntukan 100 juta ringgit bagi membiayai tiga projek perintis di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. - Foto Bernama
22. Menambahbaik Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) (BR1M). Isi Rumah: Pendapatan Bulanan (kurang atau sama dengan) RM3,000 -Nilai BR1M RM950 (2014: RM650); Pendapatan Bulanan (RM3,000 – RM4,000) -Nilai BR1M RM750 (2014: RM450). Kenaikan elaun Ahli-ahli Parlimen seperti berikut:
• Ahli Dewan Rakyat dinaikkan elaun daripada bersamaan gred 54 kepada bersamaan gred Jusa C bersesuaian dengan peranan kepimpinannya

• Ahli Dewan Negara dinaikkan elaun daripada bersamaan gred 48 kepada bersamaan antara gred 54 dan Jusa C

• Kenaikan gaji dan elaun Yang Di-Pertua Dewan Rakyat dan Yang Di-Pertua Dewan Negara serta Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat dan Timbalan Yang Di Pertua Dewan Negara sewajarnya, berkuatkuasa 1 Jan, 2015.

Bajet 2015
Kenaikan gaji dan elaun Yang Di-Pertua Dewan Rakyat dan Yang Di-Pertua Dewan Negara serta Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat dan Timbalan Yang Di Pertua Dewan Negara sewajarnya, berkuatkuasa 1 Jan, 2015. - Foto Bernama

INFOGRAFIK: BAJET 2015: APA YANG ANDA PERLU TAHU?

IKUTI LAPORAN BAJET 2015 Astro AWANI di sini